Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tamat Subsidi Diesel: Jualan Kenderaan Tidak Terjejas?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyambut baik usaha kerajaan menyasarkan subsidi diesel kepada pengguna yang berhak.

Menurut MAA,  pihaknya berharap kerajaan dapat terus memberi insentif atau subsidi tenaga kepada teknologi terkini seperti kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri, dan kenderaan elektrik sel bahan api.

“Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah trak pikap, van dan kenderaan perdagangan. 

“Selain untuk kegunaan persendirian, pengguna kenderaan ini sebenarnya kebanyakannya adalah dari sektor pembinaan, perladangan, logistik, pelancongan, pengangkutan dan ianya amat penting untuk kelangsungan operasi perniagaan syarikat,” katanya dalam satu kenyataan. 

image.pngimage.png

MAA berkata demikian selepas kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel bagi pengguna di Semenanjung Malaysia sahaja, pada Isnin lalu.

Untuk itu, kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia. 

image.png

Sementara itu, harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Tambah kenyataan itu, bagaimanapun, kesan kepada Jumlah jualan keseluruhan industri (“Total Industry Volume” atau TIV) kenderaan diharap tidak signifikan memandangkan kenderaan diesel di seluruh negara berada di bawah 12%.

“Namun, kerajaan  masih menawarkan subsidi bersasar kepada penerima dan sektor yang layak. Kerajaan juga meneruskan pemberian subsidi kepada golongan B40 dan kenderaan komersial.

Penggunaa kenderaan diesel amat diperlukan untuk menjalankan aktiviti ekonomi negara,”jelasnya.

image.png

MAA difahamkan bahawa subsidi yang diluluskan tidak merangkumi kesemua pengunaan sektor yang terlibat mendapat subsidi, oleh itu mekanisma rebat yang tepat dan eficien adalah amat penting. 

“Adalah penting kuota subsidi untuk sektor ini dibuat dengan jelas bagi mengelakkan pengendali pengangkutan daripada menaikkan kadar pengangkutan yang akan memberi kesan kepada orang awam dan daya saing negara.

“Lagipun,  MAA meramalkan bahawa TIV tahun ini akan kekal pada tahap yang dirancang kerana permintaan untuk kenderaan diesel komersial, trak pikap dan van masih tinggi,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, pihaknya erpendapat pengguna akan berhati hati untuk membuat keputusan membeli pada awalnya tetapi tidak akan menafikan pembelian memandangkan keperluan kenderaan diesel masih diperlukan untuk kegunaan semasa.

Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Subsidi Diesel
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!

MAA mendedahkan bahawa jualan kenderaan baharu di Malaysia menurun sebanyak 22 peratus pada September 2025 berbanding Ogos lalu (74,479 Unit).

21-10-2025
EV

Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.

06-10-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas

MAA mendedahkan TIV sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada bulan lepas.

20-08-2025
Berita Auto

Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).

16-07-2025
Berita Auto

MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.

18-06-2025
Berita Auto

MAA: TIV Menjunam Pada April 2025 Namun Jualan Kereta Bakal Melonjak Semula Bulan Ini!

MAA mendedahkan TIVuntuk bulan April lalu susut 16.8 peratus kepada 60,527 unit berbanding 72,730 unit pada Mac 2025.

20-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026