Link Copiedcheck_circle
EV

CEO ChargeSini Dedah Punca EV Masih Tidak Diterima Secara Meluas di Malaysia

Sofea Najmi

31-7-2024

Kongsi melalui

ChaegeSini_Sunway-Group_Huawei-Technologies_MoU_Malaysia-Autoshow-2024_-3.jpg


Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) menyasarkan untuk mempercepatkan perkembangan industri kenderaan elektrik (EV) negara, selaras dengan aspirasi yang digariskan dalam Dasar Automotif Nasional 2020 dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030. 


Malaysia telah menetapkan sasaran 15% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi kenderaan elektrik dan hibrid (xEV) menjelang 2030, sebelum meningkat kepada 38% menjelang tahun 2040, sejajar dengan Aspirasi Negara Karbon Rendah 2040. Selain itu, kerajaan turut menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 10,000 stesen pengecas awam menjelang 2025 bagi mencapai karbon neutral pada tahun 2050.


the-curve-bays.jpg


Meskipun negara sedang bergerak ke arah mencapai sasaran ini ekoran terdapat peningkatan minat dan pelaburan dalam kenderaan elektrik (EV), penerimaannya secara besar-besaran masih agak perlahan.


Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas daripada perspektif pengendali titik pengecasan (CPO), CariCarz.com telah menemubual CEO ChargeSini, James Goh bagi memahami faktor-faktor utama yang mempengaruhi penerimaan EV dan usaha strategik syarikat dalam menangani cabaran-cabaran ini.


Halangan Utama Penerimaan EV


WhatsApp-Image-2024-07-04-at-10.12.13_3e0abe32.jpg


Salah satu halangan utama penerimaan EV adalah kekurangan kemudahan pengecasan yang mencukupi. James mendedahkan bahawa isu utama adalah kekurangan infrastruktur pengecasan yang mudah diakses. Walaupun sekiranya harga EV direndahkan dan harga petrol semakin meningkat, penerimaan EV akan tetap lambat jika ketersediaan stesen pengecasan tidak meluas dan tidak mudah diakses.


Lima Lokasi Pengecasan Penting


Untuk mempercepatkan penerimaan EV, James memaklumkan bahawa terdapat lima kawasan utama yang perlu diberikan tumpuan oleh CPO supaya mudah diakses oleh orang ramai iaitu:


1. Kawasan kediaman (rumah teres, kondominium dan pangsapuri)

2. Tempat kerja

3. Tempat rekreasi dan santai

4. Kawasan laluan kenderaan (lebuh raya dan jalan raya)

5. Kawasan awam (tempat ibadat, taman, jalan)


ac-mini.jpg


Tapak EV Terhad di Bangunan Bertingkat


Dengan populasi mencecah 9 juta di Selangor dan Kuala Lumpur serta kira-kira 5.8 juta unit bangunan bertingkat tinggi, sekitar 75% penduduk tinggal di bangunan bertingkat. Ramai penduduk ini berhadapan dengan cabaran untuk meyakinkan pihak pengurusan bangunan bagi menyediakan pengecas EV. Menurut James, ChargeSini sedang berusaha untuk melancarkan pengecas di bangunan-bangunan bertingkat tinggi bagi memudahkan mereka yang berpotensi menggunakan EV.


Founders.jpg


Kebanyakan kondominium yang bersedia memasang pengecas EV pula hanya membenarkan CPO menyediakan maksimum empat petak pengecasan sahaja. Had petak EV ini menimbulkan masalah besar lebih-lebih lagi kerana kebanyakan EV dari China memiliki kapasiti bateri sekitar 60 kWj yang hanya menerima input pengecasan AC sehingga 7kW. Ini menyebabkan setiap kereta mengambil masa kira-kira 5 hingga 8 jam untuk dicas penuh, mengurangkan ketersediaan pengecas untuk pengguna lain apabila jumlah EV semakin bertambah.


Kecenderungan untuk Menggunakan Pengecas di Rumah


Sementara itu, pengguna EV yang tinggal di rumah teres atau bertanah pula kebanyakannya memilih untuk mengecas di rumah, tindakan ini memberi kesan kepada pendapatan CPO. Situasi penggunaan pengecas awam yang rendah ini mencetuskan kitaran negatif yang membuatkan CPO memilih untuk mengurangkan pelaburan bagi menyediakan stesen pengecas, sekali gus melambatkan lagi perkembangan infrastruktur ini di Malaysia yang secara tidak langsung memberi kesan kepada penerimaan EV. 


Langkah untuk Meningkatkan Penerimaan EV


WhatsApp-Image-2024-05-30-at-15.32.11_bfaf6b32.jpgWhatsApp-Image-2024-05-30-at-15.02.42_9a138c8a.jpg


Kunci untuk mengatasi cabaran ini adalah memastikan pelancaran kemudahan pengecasan yang seimbang di lima kawasan penting yang disebutkan. Pendekatan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna dan mendorong kepada pembelian EV.


ChargeSini bercadang menangani isu ini dengan menawarkan penyelesaian pengecasan tanpa kos dan tanpa perbelanjaan modal (capex) melalui model perkongsian keuntungan, bagi menggalakkan pengurus hartanah dan pihak berkuasa tempatan menyediakan ruang untuk memasang pengecas EV tanpa sebarang kos tambahan. 


Sokongan Polisi dan Peraturan


DC-1.jpg


Selain itu, peraturan yang ketat dan kos yang dikenakan oleh badan kerajaan dan majlis tempatan ke atas CPO perlu dikurangkan. Langkah ini penting untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra pengembangan infrastruktur pengecasan EV.


Kepentingan Pengecas AC di Kawasan Bandar


Walaupun pengecas pantas DC kelihatan lebih menarik, data menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna lebih memilih pengecas AC di kawasan bandar kerana caj yang dikenakan lebih rendah, serta tiada keperluan mendesak untuk pengecasan pantas. Selain itu, pengecas AC juga dilihat sebagai pilihan lebih baik untuk penjagaan bateri.


Pengecas DC hanya digunakan sekiranya pengguna 'mengejar masa' terutamanya pemandu e-hailing yang menyediakan perkhidmatan di kawasan bandar serta mereka yang membuat perjalanan jarak jauh.


Fokus Strategik ChargeSini


Seremban-Opening.png


Menurut James, ChargeSini memberi keutamaan kepada pemasangan pengecas AC dan pengecas DC berkuasa rendah di bangunan bertingkat tinggi dan kawasan awam. Strategi ini selari dengan keperluan pengecasan yang praktikal oleh kebanyakan pengguna EV dan akan membantu mempercepatkan penerimaan EV di bandar-bandar utama.


Buat masa ini, ChargeSini telah memasang pengecas di 151 kondominium dan bangunan bertingkat tinggi, dengan lebih banyak lagi dalam perancangan. Usaha terfokus ini diharapkan dapat membantu mengatasi cabaran-cabaran semasa serta mempercepatkan peralihan ke arah masa depan yang lebih mampan. 


Melalui usaha untuk menyelesaikan cabaran besar infrastruktur dan harapan agar peraturan dilonggarkan, ChargeSini berhasrat untuk menjadikan penggunaan EV pilihan yang lebih praktikal dan menarik bagi penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan sekitarnya.


Baca: ChargeSini Catat Pertumbuhan Pesat Suku Kedua 2024, Lebih 750 Titik Pengecasan Seluruh Malaysia


Baca: PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV


Tag:

ChargeSini
Pengecas EV Malaysia
Pengendali Titik Pengecasan (CPO)
Stesen pengecas EV
Penerimaan EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Penang Capai 50% Sasaran 600 EVCB Tahun Ini – DCFC ChargeSini Terbaru

Penang Capai 50% Sasaran 600 EVCB Tahun Ini – DCFC ChargeSini Terbaru

Kerajaan negeri Pulau Pinang menyasarkan untuk menyediakan sehingga 600 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) menjelang akhir tahun ini.

14-03-2025
EV
ChargeSini Jadi Penyedia Pengecas EV Untuk KEB Properties

ChargeSini Jadi Penyedia Pengecas EV Untuk KEB Properties

ChargeSini telah mengumumkan kerjasama strategik bersama KEB Properties Sdn Bhd, satu langkah penting dalam usaha mempercepatkan pembinaan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

31-10-2024
EV
Penduduk Subang Boleh Manfaatkan Pengecas DC ChargeSini di NU Empire – Dari RM1.39/kWj

Penduduk Subang Boleh Manfaatkan Pengecas DC ChargeSini di NU Empire – Dari RM1.39/kWj

ChargeSini bakal melancarkan stesen pengecas EV terbaru di pusat beli belah NU Empire,Subang Jaya.

29-09-2024
EV
Stesen Pengecas EV  ChargeSini & MINI Malaysia di Four Seasons Place Diberi Nafas Baharu

Stesen Pengecas EV ChargeSini & MINI Malaysia di Four Seasons Place Diberi Nafas Baharu

ChargeSini bersama-sama dengan MINI Malaysia, telah melancarkan stesen pengecasan EV yang telah dinaiktaraf di The Shoppes, Four Seasons Place, Kuala Lumpur.

20-09-2024
EV
Charge+ Raih Dana AS$8 Juta, Sasar Perluas Stesen Pengecasan EV Rantau ASEAN

Charge+ Raih Dana AS$8 Juta, Sasar Perluas Stesen Pengecasan EV Rantau ASEAN

Charge+ telah berjaya menyelesaikan pusingan pembiayaan Siri A berjumlah AS$8 juta.

17-09-2024
EV
BMW Perluas Rangkaian Pengecasan EV Seluruh Malaysia – Ini 4 Lokasi Baharu…

BMW Perluas Rangkaian Pengecasan EV Seluruh Malaysia – Ini 4 Lokasi Baharu…

BMW Group Malaysia telah memperluaskan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

22-08-2024
EV
ChargeSini Catat Pertumbuhan Pesat Suku Kedua 2024, Lebih 750 Titik Pengecasan Seluruh Malaysia

ChargeSini Catat Pertumbuhan Pesat Suku Kedua 2024, Lebih 750 Titik Pengecasan Seluruh Malaysia

ChargeSini mencatatkan pertumbuhan positif pada suku kedua tahun ini dengan beberapa pencapaian penting.

17-07-2024
EV
ChargeSini, MMU Meterai MoU Projek Penyelidikan, Bangun Sistem AI Untuk Pengecas EV

ChargeSini, MMU Meterai MoU Projek Penyelidikan, Bangun Sistem AI Untuk Pengecas EV

ChargeSini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi terkemuka Malaysia, MMU.

04-06-2024

Berita Terkini

EV
Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV
Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV
Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025
EV
Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
EV
Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
EV
Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
EV
Teksi Ikonik London Curi Perhatian – Mesra OKU, Jarak Hampir 500 KM!

Teksi Ikonik London Curi Perhatian – Mesra OKU, Jarak Hampir 500 KM!

Kalau berkunjung ke London, pasti anda tidak akan terlepas pandang teksi hitam ikonik yang menjadi lambang kota itu, teksi TX5.

30-04-2025
EV
Ini 2 Sebab Jualan EV Sukar Meningkat Di Malaysia

Ini 2 Sebab Jualan EV Sukar Meningkat Di Malaysia

EV sebenarnya semakin mendapat sambutan, namun masih ada dua perkara utama yang menghalang penjualannya.

28-04-2025