Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Tank 300:RM250K, Ada Pakej Hebat Untuk 300 Pemilik Awal

Suhana Veru

Kongsi melalui

social_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-8.jpg

Great Wall Motor (GWM) Malaysia melancarkan secara rasminya  SUV off road terbaharunya, GWM TANK 300 di Malaysia untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.

GWM TANK 300 yang merupakan unit import sepenuhnya (CBU)  dari China dijual pada harga RM250,000.

SUV off-road ini dilengkapi dengan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0L dan digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. 

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat  220 PS dan tork 380 Nm. 

social_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-53-(1).jpg

Dengan sistem 4WD separuh masa, TANK 300 juga dilengkapi dengan ‘Ladder Frame Construction’ , ‘Professional Off-road Chassis’ serta dilengkapi dengan kunci pembezaan gandar elektronik hadapan dan belakang bagi membolehkan ia meredah semua jenis permukaan jalan raya.

Menjengah bahagian luarannya, ia sebenarnya direka khas untuk eksplorasi yang cukup ekstrem memandangkan kerangkany agak tegap.

Ia juga didatangkan  dengan roda aloi krom 18" inci dimana ia kelihatan cukup lasak, agresif namun tetap bergaya.

social_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-59.jpg

Selain itu, dari segi kabinnya pula, GWM TANK 300 dilihat menawarkan kabin dibaluti dengan  kulit NAPPA hitam, dimana  tempat duduk pemandu dilaraskan dengan lapan hala.

Kerusinya itu didatangkan dengan  fungsi urut.

Antara kelengkapan lain ialah, ia dilengkapi dengan  dua skrin instrument bersaiz  12.3 inci dan sistem infotainment skrin sentuh yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. 

Tidak ketinggalan, konsol tengahnya juga agak  moden kerana mempunyai penukar gear dengan rekaan berinspirasikan seolah-olah dalam kokpit.

social_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-34.jpgsocial_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-41.jpg

 Terdapat juga  pengecasan tanpa wayar, pencahayaan ambien 64 warna dan 9 pembesar suara dengan sistem bunyi Infinity.

Sementara itu, ciri praktikal tambahan yang ada pada jentera ini ialah corong pendingin hawa di belakang, ada soket kuasa USB, danperehat tangan tengah yang boleh dilipat dengan pemegang cawan. 

social_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-35.jpg

Bagi tempat   penumpang belakang, ia didatangkan dengan dua tahap pelarasan dan tempat duduk belakang boleh dilipat dengan nisbah 60:40 dimana ruang butnya boleh memuatkan barangan yang besar.

social_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-58.jpg

Dari segi ciri-cici keselamatan, anda jangan bimbang kerana GWM TANK 300 cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup canggih.

Difahamkan, jentera ini jdilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan L2 ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kawalan Pintar (ICA), Bantuan Kekal Lorong(LCK), Bantuan Trafik Sesak (TJA), kamera 360 darjah.

Kesemua ciri keselamatan ini membolehkan GWM TANK 300 telah diberi penarafan keselamatan 5- bintang ANCAP.

social_TA_CariCarz_GWM-Tank-300-4x4-Experience_-37.jpg

Apa yang cukup menarik ialah SUV ‘off-road’ ini dibina dengan rangka kereta berkekuatan ultra-tinggi 1500 MPa dan enam beg udara sisi dan hadapan yang berintegrasi bagi memastikan perlindungan yang optimum dan mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300, berikut adalah perinciannya:

1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000 KM atau setiap 6 bulan, mengikut mana yang terdahulu.

2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk pemilik pertama).

3. Kit Pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg sandang Paramount Thule bernilai RM999.

4. Siri Pengembaraan dengan GWM TANK - Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China. Sempena pelancaran GWM TANK 300, para pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi sebuah percutian pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China. 10 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.

GWM_TANK300_Launching_Square.jpg

Di samping itu, GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun.

Jika anda berminat dengan SUV off-road yang cukup menakjubkan ini, ada berita baik untuk anda.

Ini kerana GWM mengadakan sesi pandu uji ‘off-road’ GWM TANK 300 pada 20 dan 21 Julai 2024 di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre di Semenyih.

Untuk menempah slot sesi pandu uji ‘off-road’, sila RSVP di: https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9.

Tag:

GWM TANK300
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.

23-07-2025
Berita Auto

GWM M'sia Catat Pencapaian, Serah Unit Ke-500 GWM Tank 300

GWM Malaysia menyerahkan GWM TANK 300 yang ke-500 kepada pelanggannya, baru-baru ini.

28-02-2025
Berita Auto

Berita Baik! Anda Boleh Pandu Uji GWM Tank 300

Anda berpeluang meredah pelbagai laluan yang cukup mencabar.

17-07-2024
Berita Auto

Penghantaran Pertama Juga Akan Dibuat Pada Bulan Depan

Unit yang diimport sepenuhnya dari China dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder .

28-06-2024
Berita Auto

MAS 2024: GWM Tank 300: Anggaran Harga RM250K

Bagi yang berminat dengan SUV 4X4 ini, ia sudah dibuka untuk tempahan.

22-05-2024
Berita Auto

Jom Tengok GWM Tank 300 Di Mall

Siri ‘roadshow’ bagi memperkenalkan GWM Tank 300, sudah pun bermula.

22-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025