Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isu e-Invois, Mungkin Ada Kaedah Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Persatuan Automotif Malaysia (MAA)  menjangkakan bahawa pihak bank  dan pengedar kenderaan akan memperkenalkan tawaran yang lebih baik untuk mengimbangi pelaksanaan e-Invois mulai bulan depan.


Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain, berkata pihaknya yakin ia tidak akan meninggalkan kesan ke atas jumlah keseluruhan industri (TIV) walaupun  e-Invois dikatakan menjejaskan tawaran pinjaman penuh.

MAA berpendapat tiada kesan besar disebabkan pelaksanaan e-Invois. Kami percaya pengedar dan bank akan menawarkan pakej lebih baik untuk mengimbangi tawaran tanpa pinjaman penuh.

"Kebiasannya, pinjaman penuh ditawarkan kepada kakitangan kerajaan meskipun ia tidak termaktub dalam peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). 

“Melalui pelaksanaan e-Invois, sudah pasti pengedar dan bank akan mengemukakan tawaran lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS'24) di ibu negara, pagi tadi.

DSC03042.JPG

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa pelaksanaan e-Invois dapat meningkatkan kecekapan operasi pengeluar kenderaan.

Sebenarnya tiada isu dengan pinjaman penuh dan bayaran pendahuluan sebab ia adalah peraturan yang ditetapkan BNM. Justeru, kita tidak melihat impak besar kepada jualan kenderaan," katanya.

Terdahulu, tular mengenai  dakwaan mengatakan kerajaan akan menggunakan sistem e-Invois dalam sistem jualan kenderaan bermula Ogos ini, yang sekali gus menghapuskan amalan pinjaman penuh pembelian kereta.

Susulan itu, pembeli perlu membayar sekurang-kurangnya 10 peratus wang pendahuluan.


Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
BNM
e-invois
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-12-2023
Berita Auto

07-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026