Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Neta X: Ada 3 Varian, Harga Bermula Dari RM119K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Neta Malaysia melancarkan model SUV elektrik mereka, Neta X ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Neta X didatangkan dalam tiga varian dimana 400 Comfort dijual pada harga (RM,119,888), 400 Luxury (RM127,888) dan 500 Luxury (RM135,888).

image.png

Di sebalik pelancaran Neta X, Neta Malaysia turut menawarkan promosi eksklusif dari 25 Julai – 31 Julai 2024 dimana para pelanggan akan menikmati:

Nilai Tempahan Berganda: Pelanggan akan menerima dua kali ganda nilai deposit tempahan mereka.

Kotak Dinding Percuma atau Kredit Pengecasan: Pilih antara wallbox percuma untuk pengecasan rumah atau kredit pengecasan untuk stesen awam.

Penyelenggaraan Percuma selama 2 Tahun atau 40,000 km: Nikmati ketenangan fikiran dengan perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk dua tahun pertama atau sehingga 40,000 kilometer.

Mengenai trenkuasanya, motor elektriknya dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 120 kW dan 210 Nm tork.

image.png

SUV elektrik ini  boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.5 saat, manakala kelajuan maksimumnya ialah sekitar 150 km/j.

Antara perbezaan utama ialah varian 400 dan 500 Neta X ialah kapasiti bateri dan jarak pemanduannya dimana Neta X 400 dimuatkan dengan bateri 52.49 kWj dimana ia menawarkan jarak gerak sejauh 401 kilometer.

Sementara itu, varian 500 Luxury sedikit berbeza kerana ia menggunakan bateri yang lebih besar iaitu berkapasitu 64.14kWj dimana varian yang ini boleh bergerak sejauh 480km.

Fd ari segi dimensi, Neta X mempunyai ukuran 4,619 mm panjang, 1,860 mm lebar dan 1,628 mm tinggi dengan jarak roda 2,770 mm 

image.png

Melihat bahagian luarannya, ia didatangkan tanpa gril manakala lampu depannya juga kelihatan cukup nipis dan terdpaat juga lampu kabus depa yang digalak untuk dipasang ketika cuaca berkabus, hujan lebat, jerebu, atau ribut.

Menyentuh mengenai kabinnya, ia didatangkan dengan bumbung panaromik, ada pengecas wayarles, skrin paparan infotainmen bersaiz 15.6 inci yang mempunyai ciri pintar seperti bantuan suara Neta Ai, manakala tempat kerusinya dibaluti dengan kulit dan boleh dilaraskan dalam 6 hala.

image.png

Neta X mempunyai kapasiti ruang but kereta sehingga 508 liter dan jika ia kerusi tempat duduk penumpang belakang dilipat, ia boleh mencapai sehingga 1,388 liter.

image.png

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg-udara termasuk sistem ADAS dengan 11 sensor.

Antaranya seperti amaran perlanggaran depan, AEB, amaran penukaran lorong, ACC kelajuan penuh, bantuan mengekalkan lorong, bantuan melayar pintar, pengesanan papan tanda trafik, bantuan lampu tinggi dan sistem kecemasan pengekalan lorong.

Bagi yang berminat, ia didatangkan dalam lima pilihan: Pearl White, Jet black, Glacier Blue, Sky grey dan Amber Brown.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Neta di https://x.neta.my/.

Gallery

Tag:

Neta X Malaysia
Neta EV
Neta Malaysia
Neta X EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

SUV Elektrik, Neta X, Harga Marhaen, Yang Penting LUAS SANGAT!

Penulis berkesempatan memandu uji Neta X, pada minggu lepas.

09-07-2024
Global

Neta Bakal Terkubur? Krisis Kewangan Meruncing, Bubar Pasukan R&D

Pengeluar kenderaan dari China, Neta, nampaknya masih bergelut dengan masalah kewangan yang berlarutan sejak tahun lalu.

19-03-2025
Teknologi

NETA Bakal Guna Teknologi Kokpit Tercanggih Snapdragon, Meterai MoU Bangun Kilang CKD Di Rembau

NETA Auto lancarkan platform integrasi kokpit untuk pemanduan atau cockpit-to-drive, Snapdragon Ride Flex (SA8775P).

29-04-2024
EV

Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas

Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.

06-06-2025
EV

Neta V Terbakar Sepenuhnya Di Lebuhraya PLUS – Ini Punca Kejadian...

Sebuah kenderaan elektrik (EV) Neta V musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu lalu di KM277.6 Lebuhraya PLUS arah utara.

11-11-2024
Berita Auto

Bilik Pameran Flagship Pertama Neta Kini Dibuka Di Ampang, KL

Di sebalik pelancaran bilik pameran NETA Auto Flagship di Ampang, pihak Neta turut menyerahkan 50 unit pertama NETA kepada pelanggan di Malaysia.

29-10-2024
Kereta Baru

SUV Elektrik, Neta X Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM119,900

Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB) telah melancarkan Neta X di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024). Ini yang menarik...

22-05-2024
EV

Neta X Akan Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 – 500KM Sekali Cas, Anggaran dari RM125K

Neta Malaysia mengesahkan bahawa model baharu, Neta X bakal membuat kemunculan sulungnya di negara ini semasa Malaysia Autoshow 2024.

05-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025