Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAH: Model Proton S70 Dipanggil Balik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya pengeluar kereta nasional Proton, telah memanggil balik secara senyap model Proton S70 bagi tujuan pemeriksaan drive shaft untuk model terbabit.

Perkara itu disahkan oleh sumber dalaman Proton dan pemilik Proton S70 kepada pihak editorial kami yang turut menyifatkan bahawa langkah yang diambil itu tidak dihebahkan kepada umum.

Bagaimanapun, sumber dalaman kami tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung punca masalah terbabit dan bilangan model S70 yang terjejas.

image.png

Buat masa ini, isu itu tidaklah begitu  serius, dan pelanggan tidak perlu risau memandangkan cara penarikan balik seperti itu adalah biasanya dikendalikan oleh pembuat kereta utama seperti Proton.

Seperti dalam kebanyakan pemanggilan semula produk,  sama ada dihebahkan atau tidak, kos untuk pemeriksaan,  penggantian dan kerja-kerja pembaikan lazimnya  ditanggung oleh pembuat kereta itu sendiri.

Dalam sesetengah keadaan, segala pemeriksaan mahupun pembaikan sebenarnya dilindungi di bawah perlindungan waranti kenderaan.

image.png

Untuk makluman anda, jualan bagi sedan segmen-C Proton S70 sudahpun mencecah 10,914 unit pada tahun ini , dan ia masih lagi model terlaris dalam kelasnya untuk pasaran tempatan.

image.png

Proton S70 dilancarkan pada November tahun lalu dimana ia didatangkan dalam 4 varian dan kesemua varian menggunakan enjin 1.5 liter 3 silinder . Model ini mampu menghamburkan kuasa setakat 148 hp dan tork 226Nm dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 9 saat.


Gallery

Tag:

Proton S70
Drive shaft
recall
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton S70 2026 Raih 7,157 Tempahan

Permintaan terhadap Proton S70 terus menunjukkan momentum kukuh apabila 7,157 tempahan awal diterima sejak tempahan bagi model Proton S70 2026 dibuka pada 11 Februari lalu.

13-03-2026
Berita Auto

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Berita Auto

Proton Anjur Penang PROTON One Tank Challenge, Peserta Buktikan Proton S70 Jimat Minyak

Dengan satu tangki penuh berkapasiti 50 liter, seorang pemilik Proton S70, Abu Bakar Mohd Yusoff dinobatkan sebagai juara acara Penang PROTON One Tank Challenge selepas membuktikan Proton S70 menawarkan penggunaan bahan api terendah.

16-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026