Link Copiedcheck_circle
EV

Selimut Khas Itu Perlu Ada Di Semua Stesen Pengecas EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Kenderaan Bermisi Sifar Malaysia (MyZEVA) mengorak satu tapak ke hadapan apabila menyalurkan  kit selimut kebakaran kenderaan elektrik (EVFB) kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), baru-baru ini.

Presidennya Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd Wahab berkata penggunaan EVFB dilihat sebagai salah satu cara menangani risiko kebakaran yang membabitkan bateri lithium ion pada model EV.

 "Kami menyasarkan sebanyak 48 unit EVFB kebakaran EV untuk diserahkan bagi kegunaan JBPM di balai-balai bomba dan penyelamat terpilih di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun ini," katanya.

 EVFB yang diserahkan adalah daripada material 'Special Treated High Temperature Fiberglass Cloth' yang berketahanan suhu operasi 700 darjah selsius dan suhu titik cair adalah 1,600 darjah selsius yang berketebalan 0.6 milimeter (mm).

image.png

  Saiz EVFB adalah 6 meter x 8 meter, sesuai untuk menutupi kereta-kereta EV yang terdapat pasaran dengan berat 39 kilogram (kg) yang didatangkan sijil khas iaitu EN13501-1 NFPA 701.

Sehubungan itu, MyZEVA menyarankan semua pihak pengimport atau pembuat kenderaan elektrik, dan syarikat pengendali stesen pengecasan turut menyokong penuh usaha ini dengan menyumbangkan EVFB ke balai-balai bomba yang berdekatan. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV