Link Copiedcheck_circle
EV

Xiaomi SU7 Berbisa Habis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat gergasi telefon pintar Xiaomi mendedahkan model prototaipnya, Xiaomi SU7 Ultra  dalam satu acara yang diadakan di China baru-baru ini.

Bagi yang tidak tahu, Xiaomi sebenarnya menyasarkan untuk mencipta rekod baharu dalam kelas sedan elektrik 4 pintu di Nürburgring.

image.png

Prototaip SU7 Ultra ini sebenarnya menyokong platform Modena yang sama yang digunakan pada SU7 EV standard.

Apa yang cukup menarik, ia menggunakan tri motor elektrik dengan dua motor HyperEngine V8 dan 1 motor HyoerEngine V6.

image.png

Maka, tidak hairanlah mengapa ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 1.96 saat manakala jika pecutan dari 0-200 km/j pula, daya pecutannya boleh mencecah 5.96 saat dan 0-300 km/j pula (15.07 saat).

Difahamkan prototaip ini menggunakan teknologi bateri Qilin CATL 2.0 yang menyokong pengecasan pada 897V dengan kadar pengecasan 5.2C.

image.png

Maknanya, baterinya boleh dicas semula dalam masa 12 minit. 

Selain itu, pek bateri yang berprestasi tinggi ini mempunyai output kuasa maksimum yang cukup tinggi iaitu 1,330 kW, sekali gus membolehkan motornya menghasilkan kuasa setakat 1,073 hp walaupun tahap bateri di bawah 20%.

Diharapkan dengan keupayaan Xiaomi SU7 Ultra yang luar biasa ini, ia dapat menjadi EV terpantas mengeliling Nurburgring Nordschleife, yang dijadualkan berlangsung pada Oktober tahun ini. 

Rekod tersebut kini dipegang oleh Volkswagen ID.R dimana ia berjaya membuat pusingan pada 6:05.336 untuk kategori prototaip bukan pengeluaran, manakala Rimac Nevera memegang rekod untuk EV pengeluaran terpantas pada 7:05.298.

Gallery

Tag:

Xiaomi SU7 EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.

12-06-2025
EV

Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport

Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?

11-02-2025
EV

Ini Dia Penampilan Xiaomi SU7, Maaf Tak Masuk M'sia

Hanya sebuah Xiaomi SU7 dipamerkan di Malaysia.

17-10-2024
EV

Berita Terkini

EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025