Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bayar Deposit RM500, Dah Boleh Tempah X70 Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

2.jpg

Ada berita baik bagi yang sedang menantikan kehadiran Proton X70 di pasaran. Ini kerana pengeluar kereta nasional, PROTON, baru sahaja mengesahkan bahawa tempahan pra-pelancaran untuk PROTON X70 2025 sudah pun dibuka, sebentar tadi.

Proton berkata, versi terkini yang dipertingkatkan bagi SUV pertama PROTON ini menampilkan bahagian luar yang diperbaharui dengan ketara.

Selain prestasi yang lebih baik, model terbaharu itu dikatakan lebih menarik secara estetik dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan.

tepi.png

“Hampir enam tahun selepas Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) diperkenalkan untuk SUV segmen C premium, PROTON X70 2025 kini dilengkapi dengan sistem ADAS tahap 2 yang dipertingkatkan untuk keselamatan dan kemudahan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, ciri penting lain adalah unit Infotainmen Head bersaiz 12.3” yang disertakan bersama sistem ketersambungan Android Auto dan Apple Carplay. 

dlm-.png

“Aplikasi PROTON Link juga menerima fungsi tambahan untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan kenderaan dari jarak jauh. Bahagian dalaman kabin telah dikemas kini dengan tempat duduk kulit Nappa berwarna kelabu dan lampu suasana berirama yang pelbagai warna,” katanya.

Bagaimanapun, maklumat tambahan akan didedahkan semasa pelancaran rasmi tidak lama lagi.

kerusi-.png

Sama seperti PROTON X50 2024, PROTON X70 2025 akan menawarkan harga dan pakej istimewa untuk pelanggan awal sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan.

Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh menghubungi penasihat jualan PROTON atau mengunjungi bilik pameran 3S dan 4S PROTON untuk membuat tempahan dengan bayaran deposit RM500. 

Tempoh tempahan terbuka sehingga makluman lanjut.


Tag:

Proton X70
Proton X70 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

27-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026