Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermaz Xpeng: Tidak Mahu Terlibat Dalam Perang Harga EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menerusi perbincangan sidang akhbar selepas pelancaran Xpeng G6 semalam,  wakil daripada Bermaz Xpeng dan Xpeng Motors dikhabarkan sudah pun menggariskan beberapa rancangan strategik mereka untuk pasaran kenderaan elektrik (EV) itu di Malaysia.

Difahamkan, Bermaz Xpeng sedang mengkaji pasaran Malaysia dengan teliti bagi  memastikan kedua-dua varian yang ditawarkan itu seiring  dengan permintaan tempatan tanpa menjejaskan kualiti.

Pengarah Perancangan Produk Luar Negara di XPENG Inc., Alan Ma dilihat turut memberi bayangan bahawa akan varian motor elektrik berkembar G6 dan beberapa model pemanduan kanan.

Ia berikutan selepas pelancaran Xpeng X9 di Thailand nanti, model itu juga akan dibawa ke Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

image.pngimage.png

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Dato Francis Lee menekankan bahawa walaupun terdapat kemasukan jenama automotif China yang lain sehingga menyebabkan perang harga berlaku, Bermaz Xpeng tetap komited untuk mengekalkan kredibilitinya.

Langkah itu diambil sama seperti pendekatannya yang dilaksanakan dengan Mazda.

Beliau turut memaklumkan bahawa kenderaan Xpeng ditawarkan pada  harga yang cukup kompetitif sejak dari awal lagi.

Untuk itu, dan Bermaz Xpeng tidak berhasrat untuk terlibat dalam pengurangan harga yang hakikatnya boleh menjejaskan nilai jenama dan menghakis keyakinan pelanggan.

Sehubungan itu, Kedua-dua Bermaz dan Xpeng mahu menumpukan lebih kepada membina ekuiti jenama selain memberi tumpuan kepada pengalaman pemilikan pelanggan dan bukannya mengejar angka jualan.

Ketua Operasi di Bermaz Xpeng Sdn Bhd, Wan Zarel Harun pula berkata, pihaknya juga mahu  memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka akan mendapat akses mudah ke pusat jualan dan perkhidmatan tidak lama lagi. 

Ia susulan daripada pengoperasian pengedar sah Xpeng di Glenamarie dan Taman Irama Pulau Pinang  manakala pengedar Xpeng akan dibuka di Johor Bahru, Melaka, dan Negeri Sembilan pada akhir September  dan awal Oktober ini nanti.

image.png

Beliau turut menekankan bahawa pembelian  XPeng adalah lebih murah  berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), memandangkan  EV cuma memerlukan servis yang minimum. 

Misalnya, kos perkhidmatan tahun pertama hanya termasuk pemeriksaan sistem dan tayar, yang mana hanya menelan belanja di bawah RM200. 

Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos pemilikan tetapi juga mencerminkan komitmen jenama untuk menyediakan pengalaman tanpa kerumitan untuk pemilik EV.

Selain itu, walaupun Xpeng tidak mempunyai rancangan segera untuk memperkenalkan infrastruktur pengecasannya sendiri di Malaysia, Bermaz Xpeng telah pun menjalin kerjasama  dengan DC Handal dan ChargEV untuk memastikan pelanggan mempunyai akses kepada pilihan pengecasan yang boleh dipercayai. 

Difahamkan pihak Bermaz Xpeng juga sedang menelitI pelaksanaan sistem "palam dan caj" dimana pihaknya akan menawarkan kadar pengecasan diskaun secara eksklusif untuk pemilik Xpeng.

Ketika ditanya  mengenai usaha Completely Knocked Down (CKD), Francis menyatakan bahawa kerajaan Malaysia masih belum menyediakan garis panduan untuk penyetempatan pembuatan EV. 

image.png

Sebaliknya ada pasukan dari Xpeng China yang akan ditempatkan di Malaysia untuk menilai kebolehlaksanaan penyetempatan, walaupun menghadapi cabaran seperti kos bateri yang tinggi .

Apapun, penghantaran Xpeng kepada pelanggan akan bermula pada Oktober ini.


Gallery

Tag:

Bermaz Xpeng
Xpeng G6 Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Xpeng Pertimbang Pengeluaran CKD Di Malaysia Tahun Depan

Semasa pelancaran rasmi Xpeng G6 2025 yang berlangsung semalam, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Xpeng, mengesahkan bahawa adanya rancangan untuk memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

02-10-2025
Kereta Baru

Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian Termasuk Black Edition, Dari RM178,888

Pengedar rasmi jenama Xpeng di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan SUV Xpeng G6 2025 di pasaran tempatan.

01-10-2025
EV

XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma

Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian XPeng G6 dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.

12-03-2025
Kereta Baru

Ini Dia Pesaing Tesla Model Y, SUV Xpeng G6, Ada 2 Varian - Harga Bermula Dari RM167K

Bermaz Auto yang merupakan pengedar rasmi kenderaan elektrik jenama Xpeng melancarkan secara rasminya, SUV Xpeng G6 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

27-08-2024
Kereta Baru

Ini Dia Pesaing Tesla Model Y, SUV Xpeng G6, Ada 2 Varian - Harga Bermula Dari RM167K

Bermaz Auto yang merupakan pengedar rasmi kenderaan elektrik jenama Xpeng melancarkan secara rasminya, SUV Xpeng G6 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

27-08-2024
Berita Auto

Bocor Secara Tidak Sengaja? Xpeng G6 Bakal Dilancar Hujung Ogos, Dari RM175K?

Harga tentatif Xpeng G6 didedahkan secara tidak sengaja?

13-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026