Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian Termasuk Black Edition, Dari RM178,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Mukhlis_Xpeng-G6-2025_4.jpeg


Pengedar rasmi jenama Xpeng di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini secara  rasmi telah melancarkan SUV Xpeng G6 2025 di pasaran tempatan. Model terbaru ini memperbaharui model G6 yang telah diperkenalkan pertama kali di Malaysia pada Ogos 2024. 


Versi kali ini hadir dengan peningkatan ketara dari segi bateri, kepantasan pengecasan, reka bentuk dan kelengkapan kabin, ditawarkan dalam tiga varian dengan harga bermula dari RM178,888.


Teknologi Bateri & Prestasi Xpeng G6 2025


CariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_25.jpeg


Untuk versi kali ini, kedua-dua varian menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 80.8 kWj, menggantikan lithium-ion 87.5 kWj yang digunakan pada model terdahulu. 


Bateri kali ini boleh dicas dengan pengecas pantas (DC) dengan input sehingga 451 kW, membolehkan bateri dicas dari 10-80% dalam masa hanya 12 minit. Sekiranya menggunakan pengecas AC pula, input yang diterima adalah sehingga 11 kW, membolehkan bateri dicas dari 5-100% dalam masa 9.2 jam.


Dengan cas penuh, varian RWD Long Range boleh mencapai jarak 525 km dan varian AWD pula 510 km, berdasarkan standard WLTP. 


Dari segi prestasi, Xpeng G6 2025 menawarkan dua pilihan trenkuasa iaitu RWD Long Range Pro dengan 218 kW (292 hp) dan tork 440 Nm, membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 202 km/j.


Turut ditawarkan adalah varian AWD Performance dengan kuasa 358 kW (480 hp) dan tork 660 Nm, membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam 4.1 saat, dengan kelajuan maksimum 202 km/j.


Reka Bentuk Luaran Xpeng G6 2025


CariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_21.jpeg


Dari segi ukuran, model ini memiliki panjang 4,758 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,650 mm dan jarak roda 2,890 mm.


G6 menampilkan rekaan luaran yang aerodinamtik dan futuristik dengan ciri-ciri terbaru seperti bar lampu LED berkelebaran lebar Starlight Wing yang disatukan dengan lampu signal supaya lebih jelas dan logo Xpeng pada sudut depan yang sebelum ini terletak di tengah-tengah bar lampu kini dialihkan ke bahagian atas bonet. 


CariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_20.jpeg


Dari sudut tepi, lengkungan roda yang digunakan berwarna sama seperti badan, membuatkannya kelihatan lebih elegan. Model ini didatangkan standard dengan rim berukuran 20 inci. 


CariCarz_Mukhlis_Xpeng-G6-2025_4.jpeg


Sementara itu, di bahagian belakang, Xpeng G6 2025 diberikan sentuhan rekaan berkonsepkan “Ducktail” yang membuatkannya kelihatan lebih menyerlah di samping meningkatkan kestabilan aerodinamik. 


Model ini ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna iaitu Arctic White, Silver Frost, Graphite Gray, Stellar Purple dan Midnight Black (Black Edition).


CariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_22.jpegCariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_16.jpegCariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_15.jpeg


Bagi yang menginginkan kelainan, model kali ini turut didatangkan dalam versi eksklusif, Black Edition bagi varian AWD Performance yang diberikan elemen rekaan lebih sporty dan premium yang mana logo Xpeng, rim aloi dan kaliper brek berwarna hitam. 


Rekaan Dalaman & Teknologi Kabin Xpeng G6 2025


CariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_11.jpegCariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_13.jpegCariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_12.jpeg


Bahagian dalam G6 diperbaharui dengan ciri kemewahan dan teknologi pintar. Antara ciri yang disediakan ialah skrin infotainmen tengah berukuran 15.6 inci yang boleh disambingkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Di sebalik stereng, terdapat kluster instrumen digital 10.25 inci. Selain itu, terdapat sistem audio Xopera 960W 18 speaker, pencahayaan ambien 256 warna, penapis udara PM2.5 dan bumbung suria panoramik. 


CariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_23.jpegCariCarz_MA_Xpeng-G6-2025_17.jpeg


Tempat duduknya kelihatan mewah dalam balutan kulit Nappa. Untuk barisan depan, hadir dengan ciri canggih seperti fungsi urutan, pengudaraan, pemanasan serta sokongan lumbar. Sementara itu barisan kedua pula boleh dilaraskan sehingga 12 tahap tumbangan (12-level recline) untuk keselesaan maksimum. 


Cukup praktikal, kerana ruang butnya luas dengan kapasiti mencecah 571 liter, sementara ruang hadapan (frunk) pula 75 liter. Dua tema warna dalaman ditawarkan iaitu kelabu cerah dan kelabu gelap. 


Ciri Keselamatan Xpeng G6 2025


556877270_1423143263152129_1561340848861538086_n.jpg556428875_1423143053152150_2994852894526566656_n.jpg


Xpeng G6 2025 dilengkapi teknologi keselamatan canggih yang termasuk sistem bantuan pemandu XPILOT Assist dengan 12 kamera, 12 sensor ultrasonik dan 3 radar. Selain itu, ciri keselamatan aktif seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Assist Lane Centre (ALC), Lane Change Control (LCC), Automatic Emergency Braking (AEB), Blind Spot Detection (BSD), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), parkir 360° dan parkir jarak jauh. Ciri keselamatan lain adalah termasuk 7 beg udara, Driver Status Monitoring (DSM), dan Amaran Bunyi Kenderaan Elektrik (AVAS). 


Xpeng G6 2025 menggunakan bateri yang dibina dengan rangka keselamatan yang diperkuat dan lapisan pelindung kalis peluru yang mampu menahan suhu tinggi  mencecah 1,000°C serta tekanan hentaman 80 tan. Bateri kali ini juga dikatakan dapat bertahan 30% lebih lama. 


Harga & Waranti Xpeng G6 2025


CariCarz_Mukhlis_Xpeng-G6-2025_2.jpeg


Xpeng G6 2025 ditawarkan dalam tiga varian iaitu RWD Long Range Pro pada harga RM178,888, AWD Performance pada RM189,888 dan AWD Black Edition  pada harga RM193,888. 


Pembelian adalah termasuk waranti pengeluar selama 5 tahun atau 120,000 km, servis percuma dan penyelenggaraan selama 5 tahun atau 100,000 km serta waranti bateri berkapasiti tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km.

Tag:

Xpeng Malaysia
Xpeng G6
Xpeng G6 2025
Bermaz Xpeng
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

24-09-2025
Global
Berita Auto
EV

04-03-2025
Teknologi

Berita Terkini

Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru
Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru
Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025