- Berita
- EV
- EV BYD Seagull Dikemaskini Bagi Tahun 2025, Diperkenalkan Di China
-full.webp)
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD, telah mengemaskini hatchback elektrik Seagull (Dolphin Mini) bagi model tahun 2025 (2025 MY) di pasaran China. Untuk versi yang telah dikemaskini ini, beberapa perubahan kecil diberikan dari segi rekaan dan kelengkapan.
Sentuhan Rekaan Baharu
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Secara visual, Seagull 2025 MY kelihatan hampir sama dengan versi sebelumnya. Perubahan utama yang boleh dilihat adalah ketiadaan tulisan "Build Your Dreams" pada sudut belakang, yang kini digantikan dengan logo BYD. Selain itu, terdapat pilihan rim baharu bersaiz 16 inci yang ditawarkan untuk dua varian teratas, manakala varian asas Vitality Edition menggunakan rim 15 inci.
Tiada Perubahan Ketara Pada Ruang Kabin
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Di bahagian dalaman, tidak banyak yang berubah. Model tahun 2025 masih mengekalkan susunan papan pemuka (dashboard) yang sama, termasuk kluster instrumen terapung 7 inci dan skrin infotainmen utama bersaiz 10.1 inci yang boleh dipusingkan kepada posisi portrait atau lanskap.
Bagi dua varian teratas, Freedom Edition dan Flying Edition, terdapat pengecas tanpa wayar untuk telefon, fungsi pemanas pada tempat duduk hadapan, serta pelarasan enam hala untuk tempat duduk pemandu.
Trenkuasa Dikekalkan
-full.webp)
-full.webp)
Kemaskini kali ini tidak membabitkan perubahan pada trenkuasa Seagull. Hatchback elektrik ini masih berasaskan platform BYDe-Platform 3.0.
Ia dikuasakan oleh satu motor elektrik dengan kuasa 74 hp (55 kW) dan tork 135 Nm. Bagi bateri, dua varian asas menggunakan pek bateri BYD 'Blade' 30.08 kWj yang memberikan jarak maksimum sejauh 305 km (CLTC), manakala varian tertinggi, Seagull Flying Edition, dilengkapi dengan bateri 38.88 kWj untuk jarak lebih jauh, iaitu 405 km.
Harga di Pasaran China
EV Seagull 2025 MY ditawarkan dalam empat pilihan warna luaran iaitu Arctic Blue, Warm Sun White, Polar Night Black, dan Peach Pink, serta dua pilihan warna kabin, Deep Ocean Blue dan Dune Pink.
Kini boleh dibeli di pasaran asalnya di China pada harga yang bermula daripada CNY 69,800 (~RM44,061) untuk varian asas Vitality Edition, CNY 75,800 (~RM47,848) untuk Freedom Edition dan CNY 85,800 (~RM54,161) bagi varian tertinggi, Flying Edition.
Tidak menghairankan mengapa BYD memilih untuk memberikan kemaskini kepada model ini kerana dalam tempoh separuh pertama tahun 2024 sahaja, BYD telah berjaya menjual lebih daripada 191,037 unit Seagull. Menjadikannya salah satu model EV terlaris setakat ini.
Peluang Pasaran Malaysia
-full.webp)
Namun begitu, pengedar jenama BYD di Malaysia, Sime Darby Motors, masih belum menunjukkan minat untuk memperkenalkan Seagull ke pasaran tempatan. Mereka menyatakan bahawa harga minimum RM100,000 untuk EV berjenama asing yang dikenakan oleh kerajaan menyukarkan mereka untuk menjual hatchback elektrik ini pada harga yang sesuai.
-full.webp)
Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan bahawa kita akan dapat melihat hatchback ini berada di pasaran tempatan setelah insentif pengecualian cukai tamat pada akhir tahun 2025. Namun begitu, ketika itu, pasaran tempatan mungkin sudah dibanjiri dengan pelbagai model EV, termasuk beberapa model berjenama tempatan.
Baca: BYD Seagull, EV Sekecil Axia Ini Boleh Capai Jarak 405KM Dengan Cas Penuh
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv