Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia EV Pertama PEKEMA, Dongfeng Box, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mengadakan sesi pratonton untuk media  bagi kenderaan elektriknya terbaharunya, Dongfeng Box selama tiga hari di ibu pejabatnya yang terletak di Cyberjaya.

PEKEMA melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd (CADB), telah mengambil alih pengedaran untuk jenama DongFeng Box yang akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Sementara itu, Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin mengakui  Malaysia adalah negara pertama yang memperkenalkan kereta penumpang pemanduan sebelah kanan untuk jenama Dongfeng.

datuk-.jpeg

“Ini membuktikan PEKEMA adalah rakan kongsi luar negara yang penting dan berjaya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran antarabangsa utama bagi pengeluar kereta global,” katanya.

Pengarah Operasi CADB, Datuk SM Zulkifli  SM Amin pula berkata, sebagai pengedar dan pengimport eksklusif bagi jenama itu,  pihaknya cukup teruja untuk memulakan perjalanan yang menarik itu bersama rangkaian pengedarnya.

"Buat masa sekarang, fokus kami ialah untuk memantapkan pakej jualan dan lepas jualan yang akan memberi manfaat menyeluruh kepada bakal pelanggan kami, dari tawaran jualan dan yang lebih penting lagi, sokongan selepas jualan,” ujarnya.

Bagaimanapun, masa pelancaran dan harga yang disyorkan belum dikongsi pada masa ini.

Apa yang diketahui setakat ini ialah Dongfeng Box akan didatangkan dalam dua varian: Dongfeng Box Standard dan Dongfeng Box Long Range.

blue.jpegWhatsApp-Image-2024-08-21-at-13.18.31-(2).jpeg

Apapun, penulis berkesempatan menyelami kenderaan elektrik comel ini dengan lebih dekat sepanjang sesi pratonton itu pada Isnin lalu.

Untuk makluman anda, Dongfeng BOX merupakan model pertama yang dibina menggunakan platform canggih Dongfeng Quantum Architecture S3.

image.png

Dari segi dimensi, Dongfeng Box  berukuran 4,020 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan mempunyai jarak antara roda 2,663 mm. 

LUARAN:

Melihat luarannya, ia menampilkan reka bentuk yang kompak dan sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar yang sibuk.

Reka bentuk luaran yang bersaiz kecil menyebabkan ia adalah  pilihan ideal untuk golongan muda mahupun yang sudah berkeluarga.

Dari segi penampilan, Dongfeng Box menggabungkan elemen reka bentuk yang cukup bergaya dan moden, sekali gus menjadikannya lebih menonjol dalam segmennya. 

Garisan badan yang aerodinamik dimana bahagian depan yang dilengkapi lampu LED jenis melintang, mencipta kesan visual yang menarik. 

Reka bentuk badannya turut disempurnakan dengan bumbung terapung yang hadir dalam dua warna  memberikan ilusi ringan dan dinamik.

cermin-tingkap.jpeg

Selain itu, BOX turut menampilkan pintu tanpa bingkai dan pemegang pintu sensor tersembunyi dimana  ciri-ciri eksklusif ini jarang ditemui dalam kelasnya. 

KABIN.

Large-panorama-of-black-and-white-interior.jpg

Sebaik penulis melabuhkan punggung di dalam kabin varian Long Range, saya dapat merasakan betapa lembutnya bahagian tempat duduknya.

WhatsApp-Image-2024-08-21-at-13.25.05-(3).jpegkerusi-.jpeg

Tidak kira bahagian tempat duduk pemandu mahupun kerusi penumpang depan dan belakang, ia sememangnya menawarkan kerusi yang cukup empuk dan selesa.

Malah, bahagian panel pintu dan papan pemuka   dilengkapi dengan material lembut sekali gus  memberikan suasana yang mewah, selesa selain meningkatkan lagi daya tarikan visual.

aircond.jpegimage.png

Selain itu, Dongfeng Box turut menawarkan sistem pencahayaan ambien yang boleh disesuaikan dengan 32 pilihan warna.

White-car_32-color-mood-atmosphere-light.jpg

Antara kelengkapan lain ialah paparan kluster instrumen bersaiz  5-inci, paparan infotainmen jenis terapung bersaiz12.8-inci, dan ADAS yang dinilai Tahap 2. 

depan-.jpegbutang-.jpeg

Terdapat juga mod baring rata dengan satu butang untuk pemandu utama, pengecas tanpa wayar untuk telefon bimbit dan banyak lagi.

Apa yang cukup menarik ialah sistem infotainmennya menampilkan pilihan bahasa Melayu.

TRENKUASA.

Di sebalik semua ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai trenkuasanya.

image.png

BOX dilengkapi dengan unit pemacu elektrik Mach E sepuluh-dalam-satu, yang menawarkan kelebihan seperti kecekapan tinggi, integrasi sempurna, dan penggunaan tenaga yang rendah. 

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm. 

Selain itu, varian Standard Range menggunakan pek bateri LFP 31.45 kWj manakala varian lebih tinggi, Long Range, menggunakan bateri 42.3 kWj yang lebih besar. 

WhatsApp-Image-2024-08-21-at-13.25.08-(2).jpeg

Ini bermakna, varian Standard menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian Long Range mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 420 km (CLTC).

Kelajuan tertinggi pula ialah 140km/j.

Ia menyokong pengecac DC dimana  keupayaan mengecas dari 30% hingga 80% hanya mengambil dalam masa 30 minit.

Dikhabarkan, beberapa unit Dongfeng Box akan menjalani ujian di jalan raya tidak lama lagi sebelum ia dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.


Gallery

Tag:

Dongfeng
Dongfeng BOX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

02-04-2025
EV

24-02-2025
EV

22-01-2024
Kereta Baru

22-11-2024

Berita Terkini

EV

Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!

Model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.

07-08-2025
EV

BMW iX3 Neue Klasse Guna Teknologi eDrive Gen6 – Capai 800 KM, Cas 10 Minit Untuk 350 KM

BMW bersedia untuk memperkenalkan model elektrik terbarunya kepada dunia, iX3 generasi seterusnya di IAA Mobility atau Munich Motor Show 2025.

07-08-2025
EV

Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal

Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula memperkenalkan EX5 di negara terbabit.

07-08-2025
EV

Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan

Mercedes-Benz bakal memperkenalkan model GLC generasi seterusnya dengan teknologi elektrik, dinamakan ‘Mercedes-Benz GLC with EQ Technology’.

06-08-2025
EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025