Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kecoh Tesla Undur Diri, Ini Jawapan MITI

Suhana Veru

8-8-2024

Kongsi melalui

image.png

Kecoh di media sosial apabila pembuat kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla dikatakan tidak akan membina kemudahan pembuatan EV  di Malaysia mahupun Thailand atau Indonesia.

Ini kerana pengeluar EV itu hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

Memetik laporan daripada akhbar Thailand, The Nation, berdasarkan sumber kerajaan Thailand:

"Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

"Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman," kata sumber itu.

Dalam perkembangan sama, Presiden Muafakat Nasional Annuar Musa meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung laporan yang mendakwa Tesla tidak akan membuka kilangnya di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

image.png

“Baru beberapa bulan lepas, Perdana Menteri umumkan Tesla nak buka kilang besar EV (kenderaan elektrik) di Malaysia, dengan puluhan ribu peluang kerja untuk rakyat.

“Tiba-tiba hari ini keluar berita Tesla batalkan rancangan melabur di Malaysia tetapi akan melabur di China.

“Mungkin ada penjelasan daripada kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyifatkan laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya di peringkat global.


Jurucakap MITI  menegaskan bahawa laporan media itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan ulasan daripada sumber yang identitinya dirahsiakan.

"Sebarang pengesahan laporan itu perlu dibuat oleh Tesla,” katanya kepada media pada Khamis.

Gallery

Tag:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Tesla
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Laku Keras, Lebih 33,000 EV Terjual Sehingga September Lalu

Kira-kira 33,319 unit kenderaan penumpang dan perdagangan jenis berkuasa elektrik (xEV) terjual sehingga 30 September lalu.

27-11-2024
EV

Jangan Risau Jika Nak Beli EV, Sebab MITI Bakal Pasang Pengecasan DC Di Setiap Daerah

MITI akan memastikan semua daerah di setiap negeri mempunyai pos pengecasan DC.

27-11-2024
EV

EV Nasional: MITI Bantu Perodua Bangunkan EV Bawah RM100,000

MITI komited membantu PERODUA menghasilkan kenderaan elektrik (EV) mereka di bawah harga RM100,000.

22-10-2024
Berita Auto

MITI: JAC Motors Bakal Melabur Di M'sia Untuk Fasiliti CKD

JAC Motors telah membincangkan rancangan pelaburan meraka di Malaysia.

27-09-2024
EV

Tengku Zafrul Adakan Perbincangan Dengan Delegasi Tesla

Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla Malaysia, semalam.

23-08-2024
EV

Kecoh Tesla Tak Jadi Bina Kilang Di M'sia, MITI Akan Jumpa Tesla

"Kami akan menemui pihak pengurusan atasan Tesla dari Amerika Syarikat dalam dua minggu lagi," - Tengku Zafrul.

10-08-2024
Berita Auto

MITI Tak Pernah Umum Apa-Apa Pasal Kilang Tesla, Ini Penjelasan Menteri!

Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilangnya di negara kita.

09-08-2024
Berita Auto

Chery Pilih Malaysia Untuk Edarkan Kereta Chery Di Asean

Chery turut membuka kilang pemasangan Chery di Shah Alam, Selangor.

09-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Penyasaran Subsidi RON95

Langkah itu dilihat perlu bagi menunjukkan kerajaan prihatinterhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh AS.

05-05-2025
Berita Auto

14 Kenderaan Merempuh Sesama Sendiri, Inilah Padah Ikut Rapat Sangat, - Netizen

14 kenderaan berlanggaran sesama sendiri di BKE, awal pagi tadi.

05-05-2025
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Kini Di Mutiara Damansa, Outlet Ketiga Di Lembah Klang

BYD Sisma Auto membuka bilik pameran kontemporari di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

05-05-2025
Berita Auto

Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini

Kerajaan merancang untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan dagangan dua hala.

05-05-2025
Berita Auto

Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan

Kenderaan mikromobiliti hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan.

05-05-2025
Berita Auto

Bengkel Kereta Terbakar: 20 Kereta, 3 Motosikal Terbakar

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

05-05-2025
Berita Auto

Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya

E-hailing InDrive Malaysia kini berdepan kemungkinan ditamatkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

04-05-2025
Berita Auto

Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri

Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.

03-05-2025