Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Nampaknya, pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang mahu ke Johor Bahru perlu menunggu sehingga hujung tahun atau mungkin tahun depan memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap, terutamanya di jajaran sepanjang 100km antara Kluang dan JB Sentral.

Memetik kenyataan akhbar bahasa Inggeris, The Star, difahamkan, sistem talian atas (catenary) masih belum siap sepenuhnya, dengan kabel sentuh dan komponen penting lain bagi peralatan talian atas (OHLE) masih belum dipasang.

OHLE ialah sistem kabel atas dan struktur sokongan yang membekalkan tenaga elektrik untuk menggerakkan tren elektrik, dan merupakan bahagian penting dalam elektrifikasi rel.

Sebelum ini, beberapa laman sosial mendedahkan bahawa ETS ke Johor Bahru akan siap pada Ogos ini namun   tiada perkembangan lanjut diumumkan sejak jajaran pendek antara Gemas dan Segamat mula beroperasi menggunakan ETS pada 15 Mac lalu.

image.png

Ketika KTMB membuka jualan tiket awal pada 30 Jun untuk perjalanan sehingga 31 Disember, tiada tiket ETS ke arah selatan ditawarkan selepas Segamat.

Pada Rabu lalu, KTMB mengumumkan penangguhan jualan tiket awal selepas Disember, dan memohon maaf kerana tidak dapat  menawarkan tiket bagi Januari 2026 dalam masa terdekat ini.

Lazimnya, jualan tiket dibuka enam bulan lebih awal.

Menurut pakar sistem kereta api, Yuslizar Daud, proses pemasangan dan pengujian sistem elektrik talian atas sepenuhnya boleh mengambil masa yang panjang.

“Kerja pemasangan OHLE, ketegangan kabel, pelarasan dengan landasan, pengecasan tenaga, ujian dan pentauliahan akan mengambil masa yang ketara. Kemudian perlu ada pemeriksaan akhir oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum lampu hijau diberikan,"  kata Yuslizar yang merupakan bekas Ketua Bahagian Rel SPAD.

image.png

Bagaimanapun, difahamkan bahawa KTMB sedang cuba mempercepat pembukaan jajaran sejauh 90km dari Segamat ke Kluang, supaya perkhidmatan ETS dapat dilanjutkan ke Kluang dalam suku tahun ini, walaupun KTMB masih belum mengemukakan permohonan rasmi kepada APAD.

Pada masa yang sama, ujian ke atas set tren ETS baharu yang tiba dari China turut sedang dijalankan, selaras dengan keperluan perundangan untuk unit pertama  dikenali sebagai "Golden Train" melengkapkan sekurang-kurangnya 8,000km tanpa sebarang kerosakan dalam proses dikenali sebagai “fault-free run” (FFR).

FFR ialah keperluan standard untuk memastikan keselamatan dan integriti sistem sebelum ia boleh digunakan dalam operasi komersial. Semua set tren baharu diwajibkan menjalani prosedur ini, walaupun set yang serupa mungkin hanya perlu menjalani ujian dengan jarak perjalanan lebih rendah, asalkan tren emas berjaya melengkapkan lebih 8,000km tanpa sebarang isu.

Dijangka KTMB akan menggunakan set tren ETS lama untuk mengendalikan perkhidmatan ETS ke Kluang, sekiranya APAD memberikan kelulusan untuk jajaran tersebut dibuka kepada orang ramai.


Gallery

Tag:

ETS Keretapi Tanah Melayu (KTM)
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
ETS JB sentral
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tiket ETS Ke Utara Sold Out

Tiket ETS Ke Utara Sold Out

Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...

19-03-2026
Berita Auto
Nak Balik Kampung Sambut Raya Cina, Ramadan? KTMB Tawar Diskaun ETS 20%
Berita Auto
KTMB Tawar Diskaun 30%  Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.

09-12-2025
Berita Auto
Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal

Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal

KTMB mengumumkan pembatalan perkhidmatan tren MySawasdee No.1004 (KL Sentral – Hatyai, 28 November 2025) dan MySawasdee No.1005 (Hatyai – KL Sentral, 1 Disember 2025).

25-11-2025
Berita Auto
Dalam 24 Jam: Lebih 80,000 Tiket KTMB Terjual

Dalam 24 Jam: Lebih 80,000 Tiket KTMB Terjual

Bayangkan, dalam 24 jam, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menjual 82,896 tiket bagi perjalanan 1 Januari hingga 30 April tahun hadapan.

19-11-2025
Berita Auto
Deepavali: 2 Tren ETS Tambahan Disediakan Sempena Deepavali

Deepavali: 2 Tren ETS Tambahan Disediakan Sempena Deepavali

KTMB menyediakan dua Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan setiap hari bermula 17 hingga 22 Oktober bagi laluan Padang Besar – KL Sentral.

04-10-2025
Berita Auto
Kerajaan Bakal Tambah 50 Set Tren ETS, Komuter

Kerajaan Bakal Tambah 50 Set Tren ETS, Komuter

Kerajaan akan mendapatkan 50 set tren baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat .

25-08-2025
Berita Auto
Berita Baik!ETS3 KL-Kluang-KL Mula Operasi 30 Ogos Ini

Berita Baik!ETS3 KL-Kluang-KL Mula Operasi 30 Ogos Ini

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan akan mula beroperasi pada 30 Ogos ini.

25-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur