Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kereta Rahmah, Harga MG5 Hanya DI BAWAH RM100K, Ada 1 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui


WhatsApp-Image-2024-08-22-at-16.19.23.jpeg

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasminya d MG5  ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

MG5 yang cuma didatangkan dalam satu varian dianggarkan akan dijual di bawah RM100,000.

Menjengah bahagian luaran MG5, jentera ini kelihatan agak sporty dan agresif.

image.png

Ia didatangkan dengan gril depan jenis 3D, ada bumbung panaromik, lampu nyalaan siang hari serta dipadankan dengan rim aloi Tomahawk bersaiz 17 inci.

Dari segi demensi, MG5 berukuran sepanjang 4,675 mm, selebar 1842, setinggi 1,480 mmm= manakala jarak roda pula 2,680 mm  sekali gus menjadikan ia adalah antara sedan segmen-B paling lebar  dan panjang.

image.pngimage.png

Melangkah masuk ke dalam kabinnya, ia dihiasi dengan material upholsteri berwarna merah dan hitam,  dilengkapi dengan skrin digital LCD bersaiz 7 -inci dan  infotainmen jenis terapung bersaiz 10.25 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara kelengkapan lain ialah pandangan kamera 360 darjah, 6 speaker, 3-USB, penghawa dingin dengan penapis udara PM 2.5, ada juga penghawa dingin di bahagian belakang.

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasanya, ia disumbat dengan enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 114 PS dab tork 150 Nm.

Bagaimanapun, jangan risau dengan ciri keselamatannya kerana ia cukup sarat dengan ciri keselamatan yang cukup canggih.

image.png

Antaranya, Amaran Keluar Lorong, Bantuan Tukar Lorong,  iPengesan Titik Buta, Amaran Pelanggaran Belakang, Amaran Lintasan Trafik , Sistem Brek Anti-Kunci, 6 beg udara  dan sebenarnya ada banyak lagi.

MG5 didatangkan dengan pakej waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan, bersama waranti berasingan untuk unit rangkaian kuasa (enjin dan transmisi) selama tujuh-tahun tanpa had perbatuan.

Ia didatangkan dalam lima pilihan warna: Nuclear Yellow, Dynamic Red, Arctic White , Black Pearl dan Camden  Grey.

Untuk makluman anda, jentera ini sudah pun dibuka untuk tempahan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026