Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebih 10 Tahun Seludup Diesel, Untung RM400 Juta, Selamat Sebab Rasuah Pegawai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SELUDUP-DIESEL.jpeg


Dua beradik ditahan terlibat sindiket penyeludupan minyak diesel (Foto: Kosmo) 


Setelah beroperasi lebih 10 tahun dengan keuntungan cecah RM400 juta, akhirnya tumpas jua. Dua beradik yang merupakan pengusaha stesen minyak telah direman kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan merasuah pegawai penguat kuasa bagi mengelak tindakan undang-undang.


Majistret Romaroi Jonoi membenarkan perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 40-an selama empat hari hingga Khamis ini. Adik perempuannya yang berusia 30-an pula direman selama sehari, dengan permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sibu, semalam. 


Operasi Op Liter 


Untitled-design---2024-08-27T093540.795.png


Dua beradik ini ditahan bersama dua lelaki dan seorang wanita dalam operasi khas yang dikenali sebagai Op Liter. Operasi tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Operasi Khas dan Skuad Taktikal Khas SPRM dengan kerjasama pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 


Operasi itu berlangsung di sebuah depoh simpanan minyak diesel di Sungai Bidut dan mendedahkan aktiviti penjualan minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya untuk kegunaan nelayan tetapi dijual pada harga lebih tinggi kepada pembeli luar negara.


Keuntungan RM400 Juta


"Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak 2012 dan meraih keuntungan mencecah RM400 juta," lapor Kosmo memetik sumbernya. 


Suspek turut disyaki memberi wang rasuah kepada beberapa pegawai penguat kuasa untuk mengelak tindakan undang-undang terhadap penyimpanan minyak diesel tanpa permit sah.


Sitaan Besar-Besaran


Untitled-design---2024-08-27T093343.669.png


Serbuan dilakukan bersama Bahagian Operasi Khas dan Skuad Taktikal Khas SPRM (Foto: Utusan)


Dalam operasi tersebut, SPRM berjaya menyita dua tongkang dan 30 tangki simpanan minyak yang mengandungi kira-kira 1.6 juta liter minyak diesel. Selain itu, wang tunai berjumlah RM3.7 juta turut dirampas hasil daripada penahanan kelima-lima suspek.


Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan dua beradik bersama dua lelaki dan seorang wanita dalam operasi semalam. Bagaimanapun, dua lelaki dan seorang wanita dibebaskan dengan jaminan SPRM.


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009, serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Kosmo

Tag:

Minyak Diesel
Minyak Diesel Bersubsidi
Penyeludupan Minyak Diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Op Liter
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.

04-09-2025
Berita Auto

KPDN Pertimbang Tambah Jenis Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti segalanya untuk penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

12-06-2024
Berita Auto

14 Jenis Kenderaan Lagi Layak Terima Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan penambahan 14 jenis kenderaan dalam program Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua.

14-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026