Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MITI Tak Pernah Umum Apa-Apa Pasal Kilang Tesla, Ini Penjelasan Menteri!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyifatkan bahawa Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

image.png

Itu kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengulas  laporan mengenai Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia.

"Pertamanya, laporan (berita asing) tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya (sebelum ini) ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.

"Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini," kata di laman X.

Terdahulu, sebuah portal berita dalam talian Thailand, The Nation melaporkan  Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia.

Ini kerana pengeluar EV itu hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

Mengulas lanjut, beliau berkata: 

Dalam usaha mengukuhkan ekosistem EV, kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri yang terbuka untuk mana-mana pembuat kenderaan EV. 

Tujuan inisiatif ini ialah untuk meningkatkan rangkaian pengecas untuk kegunaan pemilik kenderaan EV tempatan dan juga meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pengecasan EV. 

Melalui program yang serupa, ujarnya, negara seperti China, Hong Kong, dan Norway telah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik. Apabila ini berlaku, banyak PKS tempatan mendapat manfaat daripada penyertaan dalam ekosistem EV. 

"Setakat ini, hanya Tesla yang telah memohon dan diluluskan penyertaannya dalam inisiatif Global BEV ini tetapi kita mengalu-alukan penyertaan pembuat EV lain. 

"Jadi, bila kata Tesla dapat layanan istimewa, tak betul tu, mana-mana syarikat pun boleh memohon untuk inisiatif ini. Sekali lagi saya ulang, MITI atau mana-mana agensinya TAK PERNAH BUAT PENGUMUMAN TESLA AKAN BUKA KILANGNYA DI MALAYSIA," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, MITI akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.

"Strategi untuk menarik pelaburan dalam industri automotif tidak terhad kepada Tesla sahaja. Dari 2022 hinggalah suku pertama 2024, kita telah menarik pelaburan bernilai RM24.55 bilion dalam aktiviti pembuatan berkaitan EV daripada syarikat seperti Chery, Gemilang Coachwork, Samsung SDI Energy, NexV Manufacturing dan EVE Energy. 

"Insya-Allah, MITI akan terus berusaha untuk menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia," jelasnya.





Gallery

Tag:

Tesla
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.

13-08-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.

30-05-2025
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot, itu tidak menghalang rakyat China daripada terus menempah Model Y Juniper 2025.

11-03-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025
EV

Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...

Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot di Malaysia.

21-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026