Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terlambat Sebab LRT? Dapatkan 'Slip Kelewatan Tren' Di Kaunter

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ridership.jpg

Pengguna boleh mendapatkan 'slip kelewatan tren' sekiranya perkhidmatan tren tergendala (Gambar hiasan)

Pernah terlewat sampai ke tempat kerja atau sekolah sebab tren lambat? Untuk mengelakkan daripada dimarahi bos atau cikgu, anda sebenarnya boleh mendapatkan  "slip kelewatan tren.”


Menerusi satu hantaran di X oleh @_aidaans, seorang penumpang berkongsi bahawa dia telah menerima slip tersebut selepas memintanya daripada pekerja di kaunter ekoran kelewatan yang berlaku di LRT Kelana Jaya pada 23 Mei lalu. 


RapidRail-1.jpeg


Slip kelewatan tren (Sumber: @_aidaans via X)


Perkongsian ini dibuat sebagai respon kepada hantaran lain di X oleh @idzanar yang bertanya kepada RapidKL sama ada syarikat tersebut boleh mengeluarkan slip kelewatan tren.


RapidKL kemudiannya menjawab bahawa penumpang boleh mendapatkan sijil kelewatan tren di kaunter stesen LRT.


Menurut RapidKL kepada portal berita viral, World of Buzz, pengguna hanya perlu mengisi borang, dan pihaknya akan mengeluarkan slip tersebut.


“Ini juga terpakai kepada pengguna MRT," jelasnya. 


RapidKL juga berkongsi bahawa terdapat alternatif lain yang boleh digunakan jika pengguna yang terjejas tidak mempunyai masa untuk mendapatkan slip tersebut dari kaunter.


"Pengguna yang terjejas boleh mengambil tangkapan skrin notifikasi kelewatan di laman media sosial kami. Kami sentiasa mengemas kini tentang kelewatan dan bila operasi akan kembali normal melalui media sosial kami," katanya.


Tag:

Slip Kelewatan Tren
Perkhidmatan Tren Tergendala
RapidKL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto

Kes Warga Taiwan Jatuh Atas Landasan LRT, Polis Kini Berhubung Dengan Keluarga Mangsa

Polis menyiasat insiden seorang lelaki warga Taiwan maut selepas terjatuh di atas landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong, semalam.

04-06-2025
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Rapid KL Sediakan Van Untuk Hantar Pelajar Terjejas Ke Sekolah

Beberapa van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas akibat insiden kebakaran itu.

08-04-2025
Berita Auto

300 Unit Van DRT Mesra OKU Ditambah Bermula Februari

Lebih 300 van baharu untuk perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) akan disediakan di sekitar stesen tren RapidKL.

20-01-2025
Berita Auto

Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan Pas MyTourist, satu inisiatif yang memberi kemudahan perjalanan tanpa had kepada pelancong.

11-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026