Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



LRT RapidKL (Foto: Ong Soon Hin/The Star)


Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.


Langkah rasionalisasi ini adalah yang pertama sejak tahun 2009, dilakukan demi mengimbangi kos operasi yang kian meningkat serta perluasan rangkaian rel (LRT, MRT, Monorel) dan bas yang kini jauh lebih luas berbanding sedekad lalu.


Mengapa Prasarana Menaikkan Harga Pas Perjalanan Sekarang?


image.png


Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Pengalaman Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan, Ashok Panchalingam, menjelaskan keputusan ini bukan dibuat secara melulu tetapi berdasarkan kajian menyeluruh tehadap corak penggunaan dan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi dari masa ke masa. 


Rapid KL Tawar Produk Baharu Tahun Ini?


Produk-Rapid-KL-Bas-Rel.png


Seiring dengan pelarasan harga, Prasarana memperkenalkan Rapid Bulanan, sebuah pas 30 hari yang bersifat inklusif:

  • Harga: RM150 untuk tempoh 30 hari.
  • Akses: Perjalanan tanpa had merangkumi semua perkhidmatan rel dan bas Rapid KL.
  • Kelayakan: Terbuka kepada kedua-dua warganegara dan bukan warganegara.

Pas Apakah Yang Kini Ditawarkan Pada Harga Berbeza? 


Bagi pas perjalanan jangka pendek, terdapat perubahan harga dan penstrukturan semula pilihan hari:


CariCarz-Pas-Rapid-1.png


Bagaimana Pula Dengan Pas Rapid Pelajar?


Terdapat perubahan polisi penting melibatkan Rapid Pelajar bermula 1 Januari 2026:

  • Permohonan Baharu: Hanya dibuka kepada pelajar warganegara sahaja.
  • Pelajar Bukan Warganegara Sedia Ada: Masih boleh menikmati diskaun 50% sehingga pas tamat tempoh atau selewat-lewatnya 31 Disember 2026. Selepas tarikh itu, mereka perlu beralih ke pas biasa.

Juga Menarik: Terlambat Sebab LRT? Dapatkan 'Slip Kelewatan Tren' Di Kaunter


Bagaimana Dengan Pas My50, Rapid Emas & Rapid Mesra?


Produk-Rapid-KL.png


Demi memastikan pengangkutan awam kekal inklusif dan mampu milik bagi golongan sasaran, beberapa pas utama TIDAK NAIK HARGA:

  • Pas My50: Kekal RM50 sebulan untuk perjalanan tanpa had.
  • Rapid Emas: (Warga emas/OKU) Kekal tanpa kenaikan.
  • Rapid Mesra: Kekal pada kadar sedia ada.

Tag:

RapidKL
Bas Rapid KL
Rel Rapid KL
Pas Rapid KL
Prasarana Malaysia Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto
Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto
Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto
Kes Warga Taiwan Jatuh Atas Landasan LRT, Polis Kini Berhubung Dengan Keluarga Mangsa

Kes Warga Taiwan Jatuh Atas Landasan LRT, Polis Kini Berhubung Dengan Keluarga Mangsa

Polis menyiasat insiden seorang lelaki warga Taiwan maut selepas terjatuh di atas landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong, semalam.

04-06-2025
Berita Auto
Letupan Gas Putra Heights: Rapid KL Sediakan Van Untuk Hantar Pelajar Terjejas Ke Sekolah

Letupan Gas Putra Heights: Rapid KL Sediakan Van Untuk Hantar Pelajar Terjejas Ke Sekolah

Beberapa van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas akibat insiden kebakaran itu.

08-04-2025
Berita Auto
300 Unit Van DRT Mesra OKU Ditambah Bermula Februari

300 Unit Van DRT Mesra OKU Ditambah Bermula Februari

Lebih 300 van baharu untuk perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) akan disediakan di sekitar stesen tren RapidKL.

20-01-2025
Berita Auto
Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had

Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan Pas MyTourist, satu inisiatif yang memberi kemudahan perjalanan tanpa had kepada pelancong.

11-11-2024
Berita Auto
Terlambat Sebab LRT? Dapatkan 'Slip Kelewatan Tren' Di Kaunter

Terlambat Sebab LRT? Dapatkan 'Slip Kelewatan Tren' Di Kaunter

Pernah terlewat sampai ke tempat kerja atau sekolah sebab tren lambat? Ini solusinya untuk elak dimarahi bos.

01-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026