Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Vios Generasi Terbaru Sedia Beraksi Untuk Toyota Vios Challenge Musim Ke-7

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-GazooRacing-ViosChallenge-Season7-1.jpgToyota-GazooRacing-ViosChallenge-Season7-2.jpg


UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan penganjuran Festival Toyota Gazoo Racing dan Toyota Vios Challenge musim ketujuh. Musim baharu ini menjanjikan lebih banyak aksi mendebarkan dengan tiga pusingan dan enam perlumbaan individu yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, bermula Ogos tahun ini.


Jadual Perlumbaan Musim Ketujuh


Toyota-GazooRacing-ViosChallenge-Season7-4.jpgToyota-GazooRacing-ViosChallenge-2.jpg


Pusingan pembukaan dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos, yang akan dijalankan serentak dengan Malaysia Championship Series (MCS) yang kini sedang berlangsung. 


Seterusnya, Pusingan 2 akan bermula 27 hingga 29 September 2024, di mana ia akan diadakan bersama-sama dengan Festival Toyota Gazoo Racing.


Pusingan ke-3 yang merupakan kedua yang terakhir bagi Vios Challenge akan berlangsung dari 3 hingga 5 Januari 2025, dengan perlumbaan finale yang dibuka kepada orang ramai.


Hadiah Wang Tunai Lumayan dan Kategori Perlumbaan


Toyota-GazooRacing-ViosChallenge-1.jpgToyota-GazooRacing-ViosChallenge-4.jpg


Lebih menarik lagi, Musim ke-7 ini menyaksikan UMWT meningkatkan ganjaran wang tunai bernilai sehingga RM630,000. 


Seperti siri Vios Challenge sebelum ini, edisi kali ini turut terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu Super Sporting untuk pelumba profesional, Sporting untuk pelumba separa profesional atau amatur dan TGR Rookie untuk pelumba baharu. 


Tengku-Djan-Ley-TGR.jpg


Dalam kategori Super Sporting, musim ini akan menyaksikan kembalinya juara keseluruhan tiga kali, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, juara bertahan Mitchell Cheah, serta pelumba ternama Malaysia seperti Eddie Lew, William Ho, Tom Goh Putera Adam dan adik-beradik Naquib dan Nabil Azlan.


Sementara itu, kategori Sporting akan menyaksikan nama-nama yang cukup dikenali seperti Dato’ Dr. Ken Foo, Kenneth Koh, Dannies Ng, Shafiq Samsudin, Ricky Tan dan Lim Chun Beng kembali ke grid.


Toyota-GazooRacing-RookieClass-1.jpgToyota-GazooRacing-RookieClass-8.jpg


Bagi TGR Rookie, pelumba rookie yang akan bersaing dalam kategori ini terdiri daripada pengambilan keempat pelumba muda yang telah lulus Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing, terdiri daripada 24 pelumba, semuanya daripada latar belakang yang pelbagai termasuk karting dan sim racing.


Kemunculan Toyota Vios Generasi Baharu


Toyota-Vios-AC100-Racecar-9.jpgToyota-Vios-AC100-Racecar-11.jpg


Jentera berprestasi tinggi, Toyota Vios (AC100) bakal membuat kemunculan pertama semasa Toyota Vios Challenge Musim Ke-7.


Turut menjadi perhatian untuk musim kali ini adalah penampilan sulung kereta lumba Toyota Vios generasi baharu yang dibangunkan daripada sedan Vios (AC100) berasaskan DNGA terkini. Jentera ini menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural yang mampu menjana 105 hp dan 138 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.


Toyota-Vios-AC100-Racecar-10.jpgToyota-Vios-AC100-Racecar-5.jpg


Tidak seperti model standard, kereta lumba Vios baharu ini diberikan tiga peningkatan casis serta beberapa pengubahsuaian khas untuk perlumbaan yang lain, untuk menjadikannya lebih stabil di selekoh dan lebih responsif, sekali gus menjanjikan masa pusingan yang lebih pantas berbanding model generasi sebelumnya.


UMWT juga berhasrat untuk menggunakan jentera ini sekurang-kurangnya untuk empat musim Toyota Vios Challenge yang akan datang. 

Baca: Aplikasi Toyota GR Circuit Mode Tingkatkan Prestasi Jentera di Hujung Jari!

Baca: Toyota Vios Generasi Terbaru Beraksi Di Litar! Ini Dia Model Rasmi Musim Akan Datang

Toyota-Vios-AC100-Racecar-7.jpg

Tag:

UMW Toyota Motor (UMWT)
UMWT
Toyota Vios Challenge
Festival Toyota Gazoo Racing
Toyota Vios
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-09-2025
Berita Auto

09-09-2025
Berita Auto

07-08-2025
Gaya Hidup

31-07-2025
Berita Auto

14-07-2025
Berita Auto

09-06-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Berita Auto

19-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025
Berita Auto

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang.

23-09-2025
Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025