Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW 520i (G60)M Sport CKD, Harga Tak Mahal Sangat

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW-520i-M-Sport-Black-Sapphire-Veganza-Brown-1.png

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 520i (G60) M Sport Baharu, sekaligus memperluaskan lagi barisan model BMW 5 Series pemasangan tempatan.

Inisiatif itu diambil susulan daripada pelancaran BMW 520i di Malaysia Autoshow 202 yang diadakan pada Mei  lalu.

BMW 520i M Sport Baharu ini dijual pada harga RM349,800 manakala kos tambahan servis dan Pembaikan Inklusif BMW pula mencecah RM26,900.00.

Menjengah bahagian luarannya, kenderaan mewah ini cukup sporty  kerana dengan penambahan pakej M Sport, ia sebenarnya menyerlahkan lagi siluet panjang untuk penampilan yang gah dan atletik.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan lampu hadapan LED adaptif dan gril ‘kidney’ dengan Sinaran Ikonik BMW yang menonjolkan lagi  profil hadapannya .

BMW-520i-M-Sport-Black-Sapphire-Veganza-Brown-4.png

Ia yang hadir dengan rim aloi dua jejari M bersaiz 19 inci 935 M Bicolour turut menonjolkan profil sisinya. 

Bukan itu sahaja,  penampilan keseluruhan luaran turut diserlahkan dengan tambahan kemasan garis bayang berglos tinggi M.

Beralih ke bahagian dalam, kabin BMW 520i M Sport Baharu telah dipertingkatkan dengan pelapik bumbung antrasit M, aksen M dalam krom gelap serta kemasan aluminium bercorak rhombicle.

image.png

Terdapat juga  stereng kulit tiga jejari rekaan M Sport, paparan melengkung instrumen 12.3 inci dan Paparan Kawalan skrin sentuh 14.9 inci.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah terdapat bar Interaksi BMW, pencahayaan ambien dan sistem pembesar suara Harman Kardon HiFi.

Mengenai trenkuasanya, BMW 520i M Sport Baharu disumbat dengan enjin B48 turbo empat-silinder sebaris petrol dengan penjana kuasa hibrid ringan 48V. 

Gabungan ini membuatkan jentera ini mampu menghasilkan output sebanyak 153 kW/208 hp dan 330 Nm tork. 

Dari segi daya pecutan pula, ia boleh memecut dari dari 0 hingga 100 km/j  hanya dalam masa 7.5 saat, manakala  kelajuan maksimum dihadkan pada 230 km/j.

Sementara itu, menyentuh mengenai sistem bantuan pemanduan, BMW 520i M Sport Baharu didatangkan dengan:

Bantuan Pemanduan Tambahan iaitu sistem bantuan pemanduan berasaskan kamera dan radar.

Kawalan Pelayaran Aktif dengan fungsi Berhenti &Jalan. 

Ada pengesan kenderaan di hadapan

Brek kenderaan secara automatik

Bantuan Pemanduan Tambahan adalah Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong yang membantu pemandu kekal di tengah lorong.

Amaran Keluar Lorong dengan fungsi kembali ke lorong pula, mengesan garisan lorong pada kelajuan melebihi 70 km/j dan menghantar getaran melalui stereng. 

Bantuan Parkir Tambahan.

image.pngimage.png

Untuk ketersambungan, BMW 520i M Sport Baharu dilengkapi dengan Kokpit Profesional Langsung BMW, pad pengecas,  Perkhidmatan Sambungan Pemanduan, telekhidmat, panggilan kecemasan pintar, Pakej Sambungan Profesional, serta integrasi Apple CarPlay dan Android Auto. 

Bagi yang berminat, BMW 520i M Sport Baharu ditawarkan dalam pilihan warna luaran seperti Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Oxide Grey Metallic, dan Cape York Green Metallic.

Sementara itu, pilihan upholsteri pula adalah Veganza Perforated dan Quilted Black, serta Veganza Perforated dan Quilted Espresso Brown.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, anda jangan risau mengenai pembayaran ansuran untuk jentera baharu ini.

Ini kerana dengan Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 520i M Sport Baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,013.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman bagi tempoh lima tahun @ 20,000 km perbatuan setahun)*. 

Jika Pelan Pembiayaan Straight-Line, BMW 520i M Sport pula, ia boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,074.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman bagi tempoh tujuh tahun)*.

Lebih menairk, pemilik BMW 520i M Sport Baharu akan menerima pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh termasuk:

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW

• Servis Dalam Talian BMW

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bmw.com.my/en/index.html.

Gallery

Tag:

BMW 520i CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Jangan Terkejut Harga BMW 520i

BMW Malaysia mengumumkan harga rasmi BMW 520i, semalam.

11-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025