- Berita
- Berita Auto
- Fasa Ketiga Pelebaran PLUS: RM1 Bilion Diperlukan, Harap Kos Dimasukkan Dalam Bajet 2025
Fasa Ketiga Pelebaran PLUS: RM1 Bilion Diperlukan, Harap Kos Dimasukkan Dalam Bajet 2025

Kira-kira RM1 bilion diperlukan untuk melebarkan Lebuhraya Plus dari Simpang Renggam ke Yong Peng (utara), Johor.
Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan harapan fasa ketiga projek itu dapat diteruskan.
Untuk itu, beliau berharap kos projek itu dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2025 yang akan diumum pada Oktober ini.
Saya mewakili kerajaan negeri, rakyat Johor, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan kepada Kementerian Kewangan dalam menerima permohonan itu.

“Pelebaran Lebuhraya PLUS ini, bukan sahaja rakyat Johor nantikan, tetapi mereka yang hendak pergi ke selatan atau yang mahu ke utara melalui negeri Johor.
“Oleh itu, kita harap ada fasa ketiga. Ia lebih besar iaitu daripada Simpang Renggam sehingga ke Yong Peng (Utara) atau lebih dari itu,” katanya.
Untuk makluman, fasa pertama projek pelebaran lebuh raya itu dari empat lorong ke enam lorong bermula dari Senai (Utara) ke Sedenak dengan kos RM525 juta sudah dimulakan.
Fasa kedua yang membabitkan jarak 18.8 km dari Sedenak ke Simpang Renggam pula sudah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 untuk dilaksanakan tahun ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
