Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Bawa Vendor Tempatan Ke China, Untuk Percepatkan Pembangunan Kereta Generasi Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton mengambil langkah agresif apabila syarikat automotif itu sanggup  membawa 22  vendor tempatan untuk melawat kilang komponen kenderaan elektrik di China baru-baru ini.

Lawatan itu dibuat bagi meningkatkan keyakinan mereka serta mempercepatkan pembangunan kereta generasi seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr.  Li Chunrong berkata, lawatan Proton telah menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap inovasi produk dan pendekatan strategik dalam memperkenalkan model baru di peringkat tempatan dan global. 

“Ini menekankan keperluan untuk kerjasama yang lebih erat dan pertukaran teknologi bagi memastikan daya tahan jangka panjang sektor automotif di Malaysia serta mempercepat kemajuan ke arah matlamat yang bercita-cita tinggi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Terdahulu,  PROTON telah bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan dua agensi kerajaan untuk membawa pembekal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menghadiri “Program Akses Pasaran, Pemindahan Teknologi & Peningkatan Vendor” di China.

Untuk itu, wakil-wakil dari MBSB Bank, Tenaga Nasional Bhd, PLUS Expressways Bhd, UEM Edgenta Bhd, Telekom Malaysia serta 22 vendor tempatan berpeluang melawat kilang komponen kenderaan elektrik (EV), seperti kilang dan stesen pengecas, pengeluar bateri dan pengecas di tujuh lokasi di China, termasuk Shanghai, Nanjing dan Hangzhou. 

Antara lokasi yang dilawat termasuk anak syarikat Geely – pengeluar EV Zeekr dan pengeluar bateri serta pengecas EV VREMT di Teluk Hangzhou. 

image.png

Dalam lawatan berasingan ke China sebulan sebelum itu, PROTON memperkenalkan model dan konsep reka bentuk yang akan datang untuk mendapatkan lebih banyak pandangan mengenai kerja pembangunan yang

dilakukan oleh pasukan reka bentuk dalam memenuhi keperluan pasaran tempatan dan global. 

Acara tayangan tertutup tersebut disaksikan oleh wakil dari Persatuan Vendor Proton (PVA) dan Persatuan Pengedar Proton Edar

(PEDA). 

Diketuai oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, bersama pengurusan tertinggi PROTON, lawatan ini bertujuan untuk membangkitkan rasa teruja dan menyemai keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan industri automotif, dengan tumpuan kepada vendor dan pengedar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Vendor Proton., Thomas Lim berkata, lawatan itu sebenarnya memberi peluang kepada vendor  dan  pengedar tentang pasaran automotif global.

“Ia juga mengukuhkan lagi kepimpinan PROTON dalam menyediakan kenderaan canggih yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan pengguna.

“Dengan permintaan yang kukuh untuk kenderaan teknologi canggih pada harga yang kompetitif, semua model tersebut dijangka memberi impak yang ketara kepada pasaran,” katanya.

image.png

Di sebalik  memudahkan interaksi antara pembekal PROTON dan pembekal EV Geely, satu sesi padanan perniagaan diadakan di Pusat Penyelidikan Geely (GRI) di Teluk Hangzhou semasa program tersebut. 

Apa yang cukup menarik ialah apabila 95% peserta berpuas hati dengan sesi yang membantu mengenal pasti potensi perkongsian dan kerjasama untuk rantaian bekalan komponen EV.

Dalam kalangan semua peserta, 87% pembekal tempatan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan pembekal China. 

Lima kategori perkongsian utama dipilih adalah pengedaran, kerjasama dalam pemindahan teknologi, rakan usaha sama, kerjasama dalam pembangunan kemahiran, dan pelaburan untuk perniagaan bersama.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026