- Berita
- Global
- MPV Elektrik: BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian
BYD M6 dilancarkan di Thailand, baru-baru ini namun adakah ia akan dibawa masuk ke negara kita, ia masih menjadi teka-teki.
Di Thailand, MPV elektrik dalam dua varian iaitu M6 Extended, berharga 929,900 bhat (RM120,000) manakala M6 Dynamic pula 829,900 bhat (RM107,000).
Sebenarnya, M6 ini adalah versi facelift daripada BYD E6 dimana sebelum ini, ada rancangan bahawa BYD E6 akan dijadikan sebagai teksi elektrik pertama di Malaysia namun malangnya ia masih belum menjadi kenyataan.
Difahamkan, MPV bersaiz sederhana yang didatangkan dalam enam susun atur menawarkan kabin yang cukup luas selain reka bentuknya adalah mesra keluarga.
Di Thailand, kenderaan BYD diedarkan oleh Kumpulan Rever, di mana BYD memperoleh sebanyak 20% pegangan saham.
Perkembangan positif ini telah membuka laluan kepada BYD untuk menubuhkan kilang pertamanya di Thailand, dengan pelaburan bernilai USD 490 juta (RM2.1 bilion).
Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xuexiang berkata, sebanyak 17,402 unit telah didaftarkan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024.
Ini sekali gus menyumbang kepada jualan global BYD sebanyak 717,600 unit.
Berbalik kepada BYD M6, ia adalah MPV elektrik sepenuhnya dimana ia memenuhi citarasa keluarga moden pada masa ini.
Dengan rekaan kontemporari selain prestasi pemanduannya, ia dikatakan bakal menambati hati rakyat negara jiran kita.
Bagaimanapun, penghantaran M6 dijadualkan bermula pada bulan ini.
Untuk makluman, M6 Extended dikuasa dengan motor 150kW dan bateri berkapasiti 71.9 kWj dimana ia boleh bergerak sejauh 530 kilometer.
Sementara itu, varian Dynamic disumbat dengan bateri berkapasiti 55.4 kWj (120kW) dan ia boleh bergerak sejauh 420 km memandangkan saiz baterinya yang kecil.
Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan enam tempat duduk dilengkapi dengan bumbung kaca panoramik.
Antara kelengkapan lain ialah skrin sentuh multimedia 12.8 inci yang boleh berputar secara menegak dan mendatar selain ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
Selain itu, pintu belakangnya dikatakan berkuasa dan boleh dibuka dan ditutup dengan menggunakan alat kawalan jauh.
Bagi bagi tempat duduk hadapan, ia boleh dilaraskan secara berkuasa selain terdapat pendingin hawa automatik serta ada saluran penghawa dingin di barisan kedua dan ketiga.
Pendek kata, tiada istilah panas di semua barisan tempat duduk.
Dari segi ciri-ciri teknologi, M6 menampilkan sistem trenkuasa 8-dalam-1serta ia menyokong pengecasan DC 115 kW, dimana pengecasan penuh daripada 0% hingga 100% dalam masa 80 minit sahaja.
Ia juga menyokong pengecasan AC 7 kW. Sistem V2L (kenderaan-ke-muatan) standard membolehkan kereta membekalkan kuasa kepada peranti luaran.
BYD M6 di Thailand hadir dengan waranti kenderaan 8 tahun/160,000 km dan waranti bateri EV, serta 8 tahun/150,000 km EV drivetrain dan waranti komponen.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/