Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Omoda C9 Bakal Dipertonton Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebagai salah satu pengeksport kenderaan terbesar di China, Chery sememangnya mempunyai banyak sub-jenama di bawah kendaliannya.

Terbaharu, salah satu model off-road bawah Chery, Jaecoo baru sahaja menembusi pasaran tempatan.

image.png

Walaupun jenama itu dipasarkan dengan Omoda di kebanyakan pasaran antarabangsa, sebaliknya, Jaecoo tiba di Malaysia sebagai entiti tunggal.

Bagaimanapun, Jaecoo dan Omoda sekali lagi menjadi bualan hangat apabila imej teaser yang menunjukkan sebuah model SUV yang dikatakan akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi.

Apa yang cukup menarik di sini ialah apabila, halaman rasmi Instagram Jaecoo dan Omoda menyiarkan imej yang sama dengan tertera perkataan "Coming Soon".

image.png

Sekali imbas, kita dapat melihat bahawa model yang didedahkan itu adalah sebenarnya Omoda C9, yang juga dikenali sebagai Exeed RX di pasaran terpilih. 

image.pngimage.png

Ia sudah pun dipertonton  pada persidangan Chery International User Summit (CIUS), tahun lepas.

Untuk makluman, Omoda C9 dikira sebagai SUV  bersaiz sederhana mewah dan menampilkan konfigurasi lima tempat duduk.

Dari segi dimensi, C9 berukuran sepanjang 4,775 mm,  1,920mm( lebar),  1,671 mm (tinggi) manakala  jarak roda pula 2,800 mm. 

Melihat kepada ukurannya itu, maknanya, SUV ini sebenarnya sama sahaja dengan SUV bersaiz sederhana lain seperti Proton X90, Chery Tiggo 8 Pro dan sebenarnya banyak lagi.

image.pngimage.png

Dari segi trenkuasa, SUV bersaiz sederhana sporty ini sama sahaja seperti  barisan SUV Chery yang lain.

Jadi, ia juga dilengkapi enjin 2.0 liter 4 silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  261 hp dan 400 Nm dan digandingkan dengan kotak gear automatik DCT 7-kelajuan. 

Ini membolehkan Omoda C9 mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 8.6 saat, manakala kadar penggunaan bahan apinya dihadkan pada 7.6 liter untuk setiap 100 kilometer.

Jika kebanyakan model SUV milik Chery menyokong platform T1X namun lain pula bagi, C9 kerana ia dibangunkan berdasarkan M3X.

image.png

Selain versi petrol, C9 juga didatangkan dalam versi plug-in hybrid (PHEV), dimana ia disumbat dengan enjin 1.5 liter.

Versi PHEV digandingkan dengan transmisi hibrid  (DHT) 3-kelajuan dan dua motor dimana ia boleh menghamburkan setakat sehingga 610 hp dan 920 Nm.

Apapun, kita tunggu butiran seterusnya sejurus Omoda C9 dipertonton nanti!

Gallery

Tag:

Chery
Omoda C9 SUV Teaser
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026