- Berita
- Berita Auto
- Proton e.MAS 7 Jalani Ujian Intensif, Hasil Ujian CEMERLANG
PRO-NET mengesahkan Proton e.MAS 7 kini sedang menjalani ujian di jalan raya bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan jalan raya di negara ini.
SUV segmen-C ini dilengkapi dengan platform Global Modular Architecture (GMA) dan sistem pendorong elektrik pintar 12-dalam-1 yang terkini.
Menurut PRO-NET, pihaknya telah melancarkan fasa ujian intensif dengan melibatkan enam unit Proton e.MAS 7.
“Kesemua unit pandu uji itu dipandu oleh jurutera dan pakar Proton dengan merentasi setiap pelusuk jalan raya di Semenanjung Malaysia.
“Fasa yang terperinci ini penting dalam memastikan kenderaan memenuhi keperluan persekitaran yang khusus di Malaysia dan mengesahkan ketahanan, kebolehsuaian, serta kesesuaiannya dengan permintaan pasaran tempatan.
“Ujian lasak inimerangkumi Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), Ujian Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), dan Ujian Kebolehpercayaan Kualiti (QRT), serta penambahbaikan yang berterusan pada sistem navigasi, Digital Head Unit (DHU), dan Penyedia Sistem Telematik (TSP),”katanya dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu, pihaknya telah melaksanakan 49 proses tambahan ciri unik daripada Geely untuk memastikan Proton e.MAS 7 memenuhi piawaian tertinggi di peringkat tempatan dan global.
“Ujian ini merangkumi segala aspek dari prestasi beban kenderaan sehingga ke kawalan kestabilan elektronik dan kebolehan meredah air yang telah dipertingkatkan — di mana hasil ujian
Proton e.MAS 7 melepasi Geely Galaxy E5 dengan kedalaman paras air 400mm bagi menangani situasi banjir.
Ujian ini turut termasuk dengan ujian bonggol jalan untuk menggambarkan keadaan sebenar jalan raya di Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Proton e.MAS 7 juga akan menjalani akreditasi ASEAN NCAP, yang direka untuk menguji ketahanan kenderaan sehingga ke hadnya dan memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk para penumpang.
Selain itu, ia juga akan melalui QRT untuk mencapai 100,000 km dalam ujian pecutan, prestasi brek dan penggunaan kuasa.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://emas.proton.com/.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/