Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-1.jpg


Sebentar tadi, Jaecoo Malaysia telah mempertontonkan Omoda C9 yang dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada Disember 2024 nanti. 


Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Jaecoo dan bukan Chery? Menurut Chery Malaysia, syarikatnya kini akan memegang model untuk pasaran massa manakala Jaecoo Malaysia pula akan mengendalikan model yang lebih mewah dan C9 memiliki ciri yang ada dalam “DNA Jaecoo.”


TRENKUASA & PRESTASI OMODA C9


web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-15.jpg


SUV premium segmen D, Omoda C9 yang dipertontonkan sebentar tadi akan ditawarkan dalam dua versi iaitu pacuan dua roda (2WD) dan pacuan semua roda (AWD). 


Model ini dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder sebaris 2.0 TGDI yang mampu menghasilkan 257 HP dan 400 Nm. Versi pacuan semua roda (AWD) ditawarkan dengan tujuh mod pemanduan yang membolehkannya menempuh jalan bandar dan juga laluan off-road.


web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-11.jpg


Diberikan sistem suspensi adaptif canggih yang terdiri daripada strut McPherson di hadapan dan suspensi berbilang pautan di belakang, membolehkan C9 disesuaikan untuk pelbagai keadaan laluan. 


Sistem ini turut disokong oleh teknologi Continuous Damping Control (CDC), yang menyesuaikan suspensi secara langsung berdasarkan maklum balas setiap sensor dalam milisaat. Ciri ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan, tetapi juga memastikan pengalaman pemanduan yang lebih stabil dan selamat dalam semua situasi.


Kemampuan C9 tidak terhenti di situ, memiliki jarak kelegaan tanah 165 mm membolehkannya meredah air yang berkedalaman maksimum 450 mm. 


REKA BENTUK OMODA C9


web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-14.jpgweb_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-19.jpg


Dari segi dimensi, Omoda C9 berukuran 1,671 mm tinggi, 1,920 mm lebar, 4,775 mm panjang dengan jarak roda 2,800 mm.  Ini meletakkannya sebagai pesaing kepada  Chery Tiggo 8 Pro dan Proton X90 serta lebih besar daripada Honda CR-V. 


Omoda C9 diberikan pelbagai sentuhan mewah yang membuatkannya menyerlah walaupun hanya daripada pandangan pertama. Sudut depannya tampil futuristik dengan gril ambilan udara matriks berlian dengan lampu nyalaan siang (DRL) dalam rekaan sigma. Lampu depan yang digunakan ialah jenis LED dengan teknologi kawalan adaptif pintar. Dari tepi, SUV ini diberikan rim aloi  berbilang bilah R20 dan tayar Michelin prestasi tinggi 245/50. 


KABIN OMODA C9


web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-13.jpg

web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-8.jpgweb_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-7.jpgweb_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-9.jpgweb_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-10.jpg


Bergerak masuk bahagian kabin C9, aura mewahnya makin terserlah dengan balutan kulit premium dapat dilihat pada segenap ruang kokpit. Model ini hadir dengan ciri pencahayaan ambien ritma aktif ritma untuk pengalaman pemanduan yang lebih imersif. SUV ini turut dipasangkan dengan cermin depan akustif yang membantu mengurangkan tahap kebisingan di dalam kenderaan. 

  

Ruang kabin C9 sarat pelbagai teknologi dan kelengkapan seperti skrin infotainmen HD berukuran 24.6 inci, pedal penukar gear pada stereng, papar pandu (HUD) dengan sistem pengawasan pemandu (DMS) dan ciri navigasi, pad pengecas tanpa wayar, serta kawalan pendingin hawa 3 zon yang hadir dengan sistem haruman dan kualiti udara. 


Untuk keselesaan yang maksimum, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada 8 arah secara automatik. Tempat duduk barisan hadapan juga memiliki ciri pengudaraan. Selain itu, varian AWD diberikan sistem audio keliling 14 speaker dengan speaker khas terpasang pada tempat duduk pemandu. 


Model ini juga praktikal kerana menawarkan ruang kargo yang luas dengan kapasiti 660 liter hingga 1,783 liter.


KESELAMATAN OMODA C9


web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-5.jpgweb_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-6.jpg


Sebagai sebuah model premium, selain ciri keselamatan standard seperti tujuh beg udara, C9 hadir dengan pelbagai teknologi keselamatan penting yang ditawarkan melalui pakej keselamatan ADAS 2.5 yang merangkumi Pengesanan Titik Buta (BSD), Amaran Pembukaan Pintu (DOW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Bantuan Pertukaran Lorong (LCA) dan Bantuan Mengekalkan Lorong Kecemasan (ELKA).


SUV yang dibangunkan daripada keluli berkekuatan tinggi ini turut didatangkan dengan DVR terbina dalam (built-in) yang jelas serta paparan keliling 540 darjah. 



HARGA JUALAN OMODA C9


web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-3.jpgweb_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-4.jpg


Akan dipasang secara CKD di kilang Chery di Shah Alam, Omoda C9 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada Disember 2024 ini pada harga tentatif RM185,000 untuk versi pacuan dua roda (2WD) dan RM195,000 untuk pacuan semua roda (AWD). 

web_CariCarz_MA_KS_Jaecoo-Omoda-C9-preview_-18.jpg

Tag:

Jaecoo Malaysia
Jaecoo Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9 Malaysia
Omoda Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

18-07-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025
Kereta Baru

Jaecoo J8 Dipertontonkan – CKD, Lancar Mei 2025

Jaecoo, hari ini telah mempertontonkan SUV flagship, Jaecoo J8, yang dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia sebagai model CKD pada Mei 2025

26-03-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,

18-03-2025
Kereta Baru

Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.

28-02-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula

Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi, kemungkinan sebelum akhir bulan ini, perkara ini diumumkan oleh Jaecoo Malaysia.

13-02-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 Terbakar, Ini Puncanya

Setakat ini, Jaecoo Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada pihak media.

11-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Kereta Baru

EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

Perodua akhirnya melancarkan secara rasminya EV pertama mereka, QV-E ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

01-12-2025