Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Carz.com.my ada menyiarkan artikel mengenai syarikat automotif dari China, BYD telah  menarik balik beberapa modelnya, baru-baru ini.

Penarikan balik itu membabitkan 96,714 unit kereta BYD Dolphin dan BYD Atto 3. Langkah itu diambil memandangkan ada kemungkinan risiko kebakaran.  

image.png

Akhbar tempatan China melaporkan,  terdapat kecacatan dalam proses pembuatan pengawal pemasangan kolum stereng kuasa elektrik (CEPS).

Apabila penutup komponen ditutup, ia mungkin mengganggu kapasitor pada papan litar pengawal yang akan menyebabkan keretakan kecil di dalam kapasitor. Keretakan itu boleh menjadi besar sekali gus menyebabkan litar pintas dan akhirnya berlaku  kebakaran.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada mana-mana unit yang terjejas melibatkan unit yang dieksport ke luar negara. 

Untuk itu, pengedar jenama BYD di Malaysia, Sime Darby Motors mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kes itu.

Sebaliknya, Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu yang berlaku di China.

Ini kerana model BYD yang dijual di negara ini tidak terlibat dalam kempen panggilan semula seperti mana yang diumumkan oleh BYD di China.

image.png

“BYD Auto Industry Co., Ltd. dan BYD Automobile Co., Ltd. sedang menarik balik beberapa kenderaan elektrik Dolphin dan Yuan PLUS (juga dikenali sebagai Atto 3).

"Model yang dipanggil balik dalam wilayah tanah besar China tidak berkaitan dengan pasaran di luar wilayah tanah besar China,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Sime Darby Motors turut memberi jaminan bahawa kedua-dua itu yang berada di Malaysia sebenarnya tidak terjejas disebabkan penarikan balik itu.

image.pngimage.png

Ia berikutan unit model itu  adalah dalam  bentuk pemanduan kanan (RHD) dan bukannya pemanduan kiri (LHD). Lagipun, penarikan balik ini hanya memberi kesan kepada versi LHD.


Gallery

Tag:

Sime Darby Motors
BYD
BYD Atto 3
BYD Dolphin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.

26-02-2025
Berita Auto

Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

10-01-2025
Berita Auto

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024
Kereta Baru

BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.

06-09-2024
Berita Auto

Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

26-06-2024
EV

SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

Xpeng akan melancarkan dua model baharunya di Hong Kong.

15-04-2024
Berita Auto

UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby

Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW).

24-03-2024
Berita Auto

BYD SEAL Berjaya Tambat Hati Orang M'sia

Dengar cerita, ramai yang dah tempah BYD SEAL.

01-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026