- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Kekal Hingga 16 Oktober Depan

Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa tiada sebarang perubahan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api bermula esok, 10 hingga 16 Oktober ini.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
i. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter;
ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter; dan
iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus melakukan pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv