Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenapa Proton S70 R3 Dipilih, Proton Ada Alasan Kukuh!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Encik-Roslan-Abdullah,-DCEO,-PROTON.jpg

Pada minggu lepas, Carz.com.my ada menyiarkan bahawa Proton S70 R3 sudah bersiap sedia untuk menyertai perlumbaan ketahanan Sepang 1000km 2024 pada November ini.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah tampil dalam satu video ringkas  yang menjelaskan apakah punca mereka memilih S70 sebagai jentera lumba baharu jenama itu.

PROTON-S70-R3-FRONT.jpg

Menurutnya, setelah tidak bertanding dalam tiga perlumbaan 1000km Sepang yang lalu, PROTON teruja untuk kembali ke grid permulaan pada 2024. 

“Proton S70 R3 menandakan satu pencapaian baru bagi jenama ini apabila kita membawa model yang dibangunkan bersama Geely ke dalam persaingan buat kali pertama. 

“Banyak cabaran perlu diatasi untuk sampai ke tahap ini dengan pelbagai pengubahsuaian dibuat pada kereta standard bagi memastikan ia mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

“Namun, terima kasih kepada pasukan R3 yang berdedikasi, kami telah berjaya mencapai matlamat bersedia untuk perlumbaan pada bulan November,” katanya.

Steering-wheel-of-the-S70-R3.jpg

Bagi yang tidak tahu, Proton R3 adalah bahagian sukan permotoran yang disokong oleh kilang PROTON, dengan singakatan yang bermaksud Race, Rally, Research. 

Sepanjang dua dekad yang lalu, R3 telah berjaya membawa model PROTON dalam acara perlumbaan dan rali di peringkat domestik dan antarabangsa, selain menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk membangunkan kepelbagaian komponen peningkatan prestasi dan model edisi terhad untuk dijual kepada pelanggan.

Sementara itu, Proton S70 R3 adalah yang terbaha ru dalam barisan model PROTON yang dibangunkan untuk sukan permotoran. 

Rear-spoiler-design-for-S70-R3.jpgPROTON-S70-R3-REAR.jpg

Usaha ini bermula sebelum penubuhan R3 dan merangkumi model asal Proton Saga serta termasuk Proton Wira, Satria, Waja, Satria Neo, Preve, Suprima S, Iriz dan versi terkini Saga. 

Dengan penampilan Proton S70 R3, PROTON dan bahagian sukan permotorannya menerokai bidang baru serta bertanding dengan keretanyang dibangunkan bersama Geely dan hanya setahun selepas pelancarannya di pasaran.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun ia merupakan kereta baharu, PROTON menyahut cabaran untuk menempatkan dua unit S70 R3 dalam perlumbaan dan bukannya menggunakan model lama yang terbukti sebagai pilihan alternatif. 

“Kami bertekad untuk membuktikan kemampuan model sedan PROTON terbaru di litar perlumbaan. 

“Walaupun kami menjangkakan persaingan dari pasukan yang telah aktif bertanding selama tiga tahun lepas, kami percaya bahawa pengajaran yang diperoleh dari perlumbaan akan membantu kami membina kereta yang lebih baik untuk pelanggan di masa depan,” ujarnya.

Proton S70 dikuasakan oleh enjin 1.5T yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT), ia juga dilengkapi dengan fungsi arahan suara tanda PROTON serta 13 teknologi ADAD tahap 2.

Tag:

proton s70 r3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026