- Berita
- Kereta Baru
- Kereta Raya Dah Sampai: Jaecoo J7 PHEV Boleh Gerak Sejauh 1,300KM, Harga RM170K
Kereta Raya Dah Sampai: Jaecoo J7 PHEV Boleh Gerak Sejauh 1,300KM, Harga RM170K
Jaecoo Malaysia akhirnya mendedahkan Jaecoo J7 PHEV dalam satu sesi pratonton di Petaling Jaya, sebentar tadi.
SUV plug-in hybrid (PHEV) ini dijadualkan memasuki pasaran Malaysia selewat-lewatnya pada akhir tahun dengan harga RM170,000.
Model yang ditawarkan di sini ialah versi pemanduan sebelah kanan dimana ia menampilkan beberapa perubahan kecil yang sedikit berbeza dengan versi petrol Jaecoo J7.
Antaranya perbezaannya ialah ia hadir dengan roda aloi 19 inci baharu yang menampilkan reka bentuk jejari yang lebih tertutup dan kehadiran port pemalam di sebelah kanan spatbor belakang J7 PHEV.
Jentera ini mendapat susun atur kabin yang lebih minimalis berbanding kembarnya.
Antara perbezaan ketara ialah pada konsol tengahnya, kerana J7 PHEV dilengkapi dengan penukar gear gaya jet pejuang selain tiada sistem AWD.
Begitupun, terdapat juga beberapa kemudahan lain seperti pad pengecas tanpa wayar, pemegang cawan dan beberapa suis fizikal, termasuk di konsol tengah terdapat dua mod pemanduan iaitu HEV dan EV.
Antara perubahan lain ialah suis tingkap, di mana J7 PHEV dilihat menggunakan suis yang lebih minimalis (sama yang kita dapati pada banyak kereta China yang lain) berbanding dengan kembarnya.
Jenter aini juga dilengkapi skrin sentuh 14.8-inci untuk sistem infotainmen, kluster instrumen 10.25-inci, empat slot USB, tempat duduk hadapan berkuasa dan berventilasi, upholsteri kulit tiruan serba hitam, bumbung matahari panoramik, dan sistem audio Sony 8 pembesar suara.
Setakat ini, perbezaan ketara pada J7 standard adalah dalam persediaan rangkaian kuasanya, kerana model ini dikuasakan oleh Sistem Super Hibrid (SHS) baharu Jaecoo.
Pakej ini terdiri daripada Enjin Hibrid Dedicated (DHE) 1.5 liter gen kelima Jaecoo 1.5 liter TGDi Dedicated Hybrid Engine (DHE), yang menampilkan kadar kecekapan haba yang luar biasa sebanyak 44.5%, dan satu e-motor dipasang di hadapan serta Transmisi Hibrid Khusus (DHT).
Secara keseluruhan, rangkaian kuasa PHEV berupaya menghamburkan kuasa 347 ps dan 525Nm tork serta mempunyai daya pecutan 0-100 km/j sepantas 8.5 saat.
Ini menjadikan J7 PHEV sebenarnya lebih bertenaga daripada kembarnya yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman.
Bagaimanapun, tidak seperti J7 standard, J7 PHEV kini boleh didapati dalam versi pacuan roda hadapan (FWD) manakala versi pacuan semua roda (AWD) akan menyusul kemudian.
Jentera ini yang disumbat dengan pek bateri 18.3 kWh mampu menawarkan jarak gerak sejauh 106km, dengan jarak keseluruhan mencecah 1,300 km bagi satu tangki minyak penuh.
Dari segi pengecasan, J7 PHEV disokong oleh pengecasan pantas DC sehingga 40kW dan pengecasan AC 6.6kW selain, hadir dengan fungsi V2L, iaitu kemampuan mengecas perkakasan elektrik.
Apapun, pendaftaran minat untuk jentera ini sudah pun dibuka sejak awal bulan ini.
Jika anda berminat, anda boleh membuat tempahan hari ini!
Gallery













Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari