Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MG5 Dilancar: Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM93,900

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasminya model terbaharunya,  MG5 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

MG5 Fastback hadir dalam satu varian dan merupakan unit yang diimport dari Thailand dijual pada harga  RM93,900 namun harga itu tidak termasuk insurans. 

image.png

Bagaimanapun, SAIC Motor Malaysia ada menawarkan rebat sebanyak RM7,000 dan ini menjadikannya harganya cuma RM86,900.

MG5 membuat kemunculan berani dalam kategori sedan segmen B dikatakan antara   model terpanjang dan terluas.

Dari segi dimensi, MG5 berukuran 4,675 mm panjang, 1,842 mm lebar, 1,480 mm tinggi manakala jarak roda pula 2,680 mm.

Selain itu, MG5 disumbat dengan enjin 1.5 liter yang  mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 114 hp dan tork 150Nm.

Enjinnya digandingkan dengan kotak gear CVT lapan-kelajuan. 

Dari segi prestasi, MG5 dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11.5 saat, manakala purata penggunaan minyaknya   pula didakwa 17.5 KM/liter (5.7 liter/100 KM).


image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, jentera ini sememangnya cukup sporty apatah lagi ia menampilkan profil fastback yang cukup macho  selain  lengkap dengan spoiler β€œducktail”.

Pada bahagian hadapannya, ia hadir dengan gril hadapan jenis 3D, dan menampilkan bumbung matahari berkuasa, dimana ciri bumbungnya sebenarnya menonjolkan tarikan sportynya. 

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, ia hadir dengan lampu depan jenis LED automatik, manakala oda aloi  pula adalah Tomahawk bersaiz. 17 inci, 

Di dalam pula,  ia menawarkan kabin yang cukup moden dan luas dimana terdapat instrumen kluster digital bersaiz 7 inci,  sistem infotainmen terapung 10.25 inci yang hadir dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto dan enam pembesar suara.

image.png

Tidak ketinggalan tempat duduknya dibaluti dengan material kulit jenis mewah dengan aksen merah dimana ia menambahkan lagi sentuhan,.

image.pngimage.png

Sementara itu,  tempat duduk pemandunya boleh dilaraskan secara elektrik kepada 6 hala.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, MG5 dilengkapi dengan suite MG PILOT, termasuk Pengesanan Titik Buta, Amaran Perlanggaran Hadapan, Bantuan Tukar Lorong, Amaran Perlanggaran Belakang,  Amaran Keluar Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif, Kawalan Brek Selekoh, Brek Anti-Kunci, Bantuan Daki Bukit, Bantuan Trafik Sesak (Traffic Jam Assist) dan Amaran Trafik Lintas Belakang, 6 beg udara SRS dan kamera 360 darjah.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah MG5 hadir dengan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan, bersama waranti berasingan untuk unit rangkaian kuasa (enjin dan transmisi) selama tujuh-tahun tanpa had perbatuan.

Bagi yang berminat, MG5 hadir dengan lima pilihan warna: Nuclear Yellow, Artic π–π‘π’π­πž, 𝐁π₯𝐚𝐜𝐀 Pearl, Camden π†π«πžπ² & Dynamic π‘πžπ.



Gallery

Tag:

SAIC Motors
MG5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

13-07-2024
Global

27-02-2024
Berita Auto

21-12-2023
Kereta Baru

03-10-2024
Kereta Baru

22-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026