Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Suhana Veru

Kongsi melalui



image.png

Khabar angin yang bertebaran di portal-portal automotif yang mengatakan pengeluaran Perodua Aruz akan dihentikan, nampaknya hanyalah sekadar  omong kosong.

Ini kerana pembuat kereta nasional, Perodua disahkan membawa masuk warna baharu untuk model SUV tujuh tempat duduk, iaitu Perodua Aruz.

Malah, penampilan Toyota Rush generasi kedua berlencana Aruz (Daihatsu Terios generasi ketiga) kini didatangkan dengan warna 'Elegant Black'.

Berdasarkan laman web rasmi Perodua, ia juga menunjukkan bahawa pilihan warna hitam itu  ditawarkan untuk semua varian Aruz.

Ini bermakna, warna baharu ini bukan dihadkan untuk varian tertentu malah Perodua juga tidak mengenakan sebarang kos tambahan.

Menerusi kehadiran warna baharu ini, nampaknya Aruz akan kekal sebagai tonggak utama dalam barisan semasa SUV Perodua.

image.png

Mengimbas kembali mengenai Perodua Aruz, masih menggunakan enjin 1.5 liter NA empat-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  101 hp  pada tork 133 Nm. 

Enjinnya digandingkan dengan transmisi automatik empat-kelajuan bagi memacu roda belakang.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, Perodua menawarkan Aruz dalam dua varian iaitu varian standard 1.5X manakala varian tertinggi pula ialah 1.5AV.

Bagaimanapun, banyak ciri yang masih dikekalkan seperti lampu depan/ belakang LED automatik, rim bersaiz 17-inci, kemasukan tanpa kunci, skrin sentuh 7-inci, dan enam pembesar suara.

Bagi ciri keselamatannya, hanya varian AV mendapat sistem sistem Advance Safety Assist 2.0 (ASA 2.0) yang terdiri daripada  fungsi Amaran Pra-pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Salah Operasi Pedal.

Varian ini juga hadir dengan  perakam video digital atau ‘dashcam’.

Harganya juga tidak berubah untuk kedua-dua variannya dimana Arux 1.5 X masih berharga  RM72,900 manakala varian tertinggi pula   (RM77,900). 

Ia turut didatangkan dengan  waranti selama lima-tahun ataua 150,000 km. 

Gallery

Tag:

Perodua Malaysia
Perodua Aruz 'Black Edition'
2024 Perodua Aruz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023
Berita Auto

Apa Hal Jualan Kereta Boleh Merosot

Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan lepas.

19-05-2023
Berita Auto

Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA

MIROS akan berjumpa dengan pihak PERODUA dalam masa terdekat ini.

02-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.

18-12-2025
Berita Auto

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Berita Auto

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025