Link Copiedcheck_circle
Global

Rolls-Royce Ghost Series II 2025 Didedah, Ada Penambahbaikan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta mewah, Rolls-Royce mendedahkan Rolls-Royce Ghost Series II 2025, baru-baru ini.

Biarpun reka bentuknya  diperbaharui dan menerima beberapa penambahbaikan namun ia tetap mengekalkan aura mewahnya.

Seperti mana Phantom dan Cullinan yang diperbaharui,  model Ghost 2025 juga  dikemas kini dengan menggunakan nama 'Siri II'.

image.png

Antara kemasan estetik yang dilakukan ialah ia kini menggunakan lampu depan jenis LED dan agak nipis.

Menjengah bahagian belakang, lampu belakang vertikal yang diinspirasikan oleh model elektrik Rolls-Royce Spectre memberikan Ghost penampilan yang lebih moden. 

image.pngimage.png

Ia turut dipadankan bersama roda 22 inci dengan sembilan jejari baharu dimana ia adalah pilihan pemperibadian untuk pemilik yang mahukan keunikan.

image.png

Sementara itu, bahagian kabin nyata menawarkan ciri yang cukup mewah memandangkan ia hadir dengan panel kaca signatur yang merentangi kabin, menggabungkan skrin infotainmen yang canggih.

Sama seperti  Siri II Phantom dan Cullinan, Ghost Series II juga mendapat manfaat dengan teknologi terkini melalui penggunaan perisian Spirit .

image.pngimage.png

Selain itu, dengan adanya splikasi Whispers, ia membolehkan kawalan jauh ke atas fungsi kenderaan seperti kunci pintu dan navigasi.

Lebih menarik, penumpang belakang dilengkapi dengan infotainmen yang dinaik taraf di mana  dua peranti strim kandungan serentak, sambil menikmati sistem bunyi 18 pembesar suara 1,400 watt yang memberikan pengalaman audio yang luar biasa.

image.png

Jentera ini juga didatangkan trim kayu berwarna Kelabu dan fabrik mewah Duality Twill. Ia adalah sejenis fabrik buluh eksklusif yang mengambil masa lebih 20 jam untuk dihasilkan.

Menyentuh mengenai prestasi, Ghost Series II masih menggunakan enjin 6.75 liter V12 pengecas turbo berkembar dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 563hp dan tork 763Nm dan digandingkan dengan  transmisi automatik lapan kelajuan. 

Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan.


Gallery

Tag:

Rolls Royce
Rolls-Royce Ghost
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

Ops Luxury: JPJ Sita Rolls-Royce, Tak Bayar Cukai Jalan RM29,000, Alasan Biasa, Lupa!

JPJ menyita sebuah kenderaan Rolls-Royce gara-gara gagal membayar cukai jalannya bernilai RM29,000 yang dikenakan untuk setahun.

16-08-2025
Berita Auto

Guna Cat Seberat 45 KG Untuk Satu Kereta? Ini Dia Info Tentang Rolls-Royce Black Badge Ghost Terbaharu!

Rolls Royce baru-baru ini telah memperkenalkan model Black Badge yang tercanggih setakat ini, kereta yang melambangkan konsep rekaan Post Opulence terkini.

28-12-2021
Berita Auto

Pameran Rolls-Royce Di UK: Dedahkan Versi Keluaran Khas, Black Badge, Untuk Tatapan Umum

Rolls-Royce Motor Cars telah membuat penampilan dalam acara tahunan musim panas yang eksklusif, Salon Privé.

26-10-2021
Berita Auto

Friskee Pink Ghost, Iced Turchese Black Badge Bakal Menarik Perhatian Penonton

Sempena perhimpunan Minggu Kereta Monterey yang ke-70, Rolls Royce mempamerkan dua Bespoke unik di Gathering Motorsports Quail.

05-10-2021
Berita Auto

Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Rolls-Royce Yang Ke-144 Diraikan Guna Rolls-Royce Ghost

Ulang tahun kelahiran pengasas jenama kereta mewah, Rolls Royce Motor Cars diraikan.

23-09-2021
Berita Auto

Bespoke Rolls Royce Black Badge Cullinan Hadir Dengan Tema Perlumbaan

Royce Motor Cars Los Gatos, California melakukan penghantaran Rolls Royce Black Badge Cullinan kepada sepasang suami isteri, Ben dan Christine Sloss yang dikatakan merupakan peminat tegar kereta lumba.

20-05-2021
Berita Auto

Rolls-Royce Dan Arkitek Jepun, Kengo Kuma Bekerjasama Menghasilkan Bespoke Dawn

Rolls-Royce Motor Cars and arkitek dan profesor di Jabatan Senibina di Universiti Tokyo, Kengo Kuma berusaha untuk membawa dunia industri automotif dan rekaan seni bina mewah dengan memperkenalkan buat julung kalinya, Bespoke Rolls-Royce Dawn.

30-04-2021

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025