- Berita
- Berita Auto
- UMWT Buka Pusat 3S Toyota Di Autocity Tunjong, Kota Bharu – Lebih Luas, Perkhidmatan Pantas
UMWT Buka Pusat 3S Toyota Di Autocity Tunjong, Kota Bharu – Lebih Luas, Perkhidmatan Pantas
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi membuka Pusat 3S di Kota Bharu, Kelantan, yang kini beroperasi di lokasi terbaru, di Autocity Tunjong.
Diuruskan oleh rakan pengedar, Syarikat Kelantan Motors Credit (M) Sdn Bhd (SKM), Pusat 3S yang sebelum ini bertempat di Kampung Cherang kini beralih ke lokasi terbaru tersebut kerana kedudukan yang lebih strategik sebagai kawasan tumpuan untuk pelbagai cawangan jualan dan servis lain di Kota Bharu.
Perkhidmatan Lebih Pantas
Berbanding lokasi lama, Pusat 3S yang baharu ini mampu menampung jumlah kenderaan yang lebih banyak. Ini bermakna pelanggan Toyota di Kelantan tidak perlu lagi menunggu lama kerana dapat menikmati perkhidmatan yang lebih efisien.
Rakan Kongsi yang Komited
Presiden UMWT, Datuk Ravindran K., turut menyampaikan penghargaan terhadap peranan yang dimainkan oleh rakan kongsi, Syarikat Kelantan Motors, dalam pertumbuhan Toyota.
Beliau berkata, "Kejayaan kami dibantu oleh komitmen yang diberikan oleh rakan kongsi seperti Syarikat Kelantan Motors. Diasaskan oleh mendiang Encik Lew Yuen Kee, SKM telah berkembang pesat menjadi salah satu peniaga kami yang paling lama berkhidmat dan dipercayai."
Pusat 3S UMWT SKM
Pemilik Toyota di Kota Bharu dan kawasan sekitar kini boleh mengunjungi Pusat 3S UMWT SKM di lokasi baharu yang terletak di Lot 1352, Autocity Tunjong, Jalan Salor-Pasir Mas, Kota Bharu, Kelantan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi UMWT atau hubungi talian bebas Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv