Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Betul Guna Lebuhraya WCE, Hasil Kutipan Tol Melonjak 128%

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

West Coast Expressway Sdn Bhd, mendedahkan hasil kutipan daripada pembukaan bahagian baharu di Lebuhraya Pantai Barat mencatatkan peningkatan sebanyak 128%. 

WCE berkata, pembukaan Seksyen 1, Seksyen 6 (Bandar Bukit Raja Utara – Assam Jawa) dan Seksyen 11 (Beruas – Taiping Selatan) telah meningkatkan jumlah trafik harian yang agak ketara.

“Ini menyebabkan purata trafik harian bagi tempoh kewangan semasa meningkat dengan ketara 83% berbanding TK2024.

image.png

“Pembukaan bahagian baharu telah menyumbang kepada peningkatan ketara dalam hasil kutipan tol, meningkat 128 peratus daripada RM13.0 juta pada S2 TK2024 kepada RM29.8 juta pada S2 TK2025,” katanya dalam satu kenyataan.

WCE adalah sebuah projek infrastruktur negara yang dilaksanakan secara penswastaan yang menghubungkan Taiping di Perak dengan Banting Selangor dengan panjang keseluruhan 233 kilometer.

Sehingga kini tujuh  dari 11 seksyen pembinaan lebuh raya ini sudah dibuka membabitkan Seksyen 1 (Banting – South Klang Valley Expressway (SKVE)), Seksyen 5 (Klang-Kapar) dan Seksyen 6 (Kapar - Assam Jawa) di Selangor, Seksyen 8 (Hutan Melintang - Telok Intan), Seksyen 9 (Kampung Lekir-Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas) di Perakdan Seksyen 11 (Beruas – Taiping Selatan).

Sementara itu, Pembinaan Seksyen 2 (SKVE – Lebuhraya Shah Alam (KESAS)) telah siap dan kini dalam peringkat pemeriksaan dengan tarikh pembukaan tidak lama lagi.

Penyiapan bahagian ini juga akan menyediakan sambungan ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan bakal memudahkan pengguna di kawasan berkenaan. 


Gallery

Tag:

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Melaka Bakal Ada 6 Tol Baharu Sepanjang Jajaran WCE

Kerajaan Melaka akan membangunkan jajaran projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang 69 kilometer merentasi Melaka, pada tahun depan

10-12-2025
Berita Auto

Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

Kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

11-11-2025
Berita Auto

Perhatian: Laluan Ke Lebuhraya WCE Ditutup Sementara Bermula Esok

Beberapa laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan ditutup dan dilencongkan sementara bersempena penganjuran Klang Royal City Marathon 2025 pada Ahad, 9 November.

07-11-2025
Berita Auto

MB Selangor Sahkan Isu WCE Kampung Jawa Bakal Selesai

Isu pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang membabitkan 19 penduduk di Kampung Jawa, Klang bakal selesai dalam tempoh terdekat ini.

03-11-2025
Berita Auto

AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai

AMH menggesa kerajaan menyelesaikan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang dengan segera.

11-08-2025
Berita Auto

Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.

08-08-2025
Berita Auto

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025
Berita Auto

Aidilfitri: Lebih 140,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Dalam Sehari

WCE bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan dalam sehari.

24-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

18-12-2025
Berita Auto

JPJ Buat Laporan Polis Sebab Nombor Pendaftaran "EE"

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” susulan penularan sepucuk surat di media sosial.

18-12-2025
Berita Auto

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto

Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.

18-12-2025
Berita Auto

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Berita Auto

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025