Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subsidi RON 95: Perlu Ikut Jenis Kenderaan Bukannya Gaji Isi Rumah!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, program penyasaran subsidi RON95 yang akan diperkenalkan kerajaan pertengahan tahun hadapan mengikut garis pendapatan isi rumah, menerima pelbagai kritikan.

Terbaharu, Presiden MCA, Wee Ka Siong mencadangkan supaya pemberian subsidi RON 95 sepatutnya bergantung kepada jenis dan dan nilai kenderaan yang dipandu, dan bukannya pendapatan seseorang.

Sebaliknya, beliau berpendapat pemandu kenderaan seperti Perodua Myvi, Ativa dan Alza sepatutnya lebih  berhak menerima subsidi penuh petrol RON 95 daripada kerajaan. 

image.png

“Bagaimanapun, mereka yang memandu Mercedes-Benz, BMW, Ferrari atau Lamborghini tidak memerlukan langsung subsidi ini.

Beliau berkata demikian menerusi satu video di TikTok, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, bagi golongan yang berada di dalam kumpulan pendapatan M40, tetapi memilih untuk memandu kenderaan mewah juga tidak sepatutnya diberikan sebarang subsidi

“Kerajaan tidak sepatutnya menghukum mereka yang mengamalkan langkah  kesederhanaan dalam kehidupan seharian dan tidak berbelanja dengan boros,”tambahanya.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan (penyasaran subsidi RON95) bukan berdasarkan asas pendapatan isi rumah, sebaliknya mengambil kira faktor-faktor lain.

“Saya boleh sahkan bahawa ia bukan menggunakan kaedah pendapatan isi rumah semata-mata seperti yang dirujuk kepada B40, M40 dan T15.

“Ia bukan kalau kamu gaji sekian-sekian kamu tak dapat (subsidi). Ia tak boleh potong ‘line’ (ikut pendapatan isi rumah) sahaja, kita kena tengok pemboleh ubah lain dan bukan pukul rata.

“Banyak simulasi dan proses yang kita akan lakukan di antara Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan jabatan-jabatan terbabit,” katanya.

image.png

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kumpulan pendapatan maha kaya (T15) tidak lagi menikmati subsidi RON95 mulai pertengahan tahun depan.

Susulan kenyataan itu, ramai pihak yang tampil dengan pelbagai cadangan bagi membolehkan kerajaan mempertimbangkan cadangan sebelum melaksanakan penyasaran subsidi RON 95.

Gallery

Tag:

Penyasaran Subsidi RON95
Minister of Economy, Rafizi Ramli
Wee Ka Siong
Harga RON95
T15 Defination
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Selepas Subsidi Bersasar RON95, Cukai Karbon Pula?

Nampaknya, selepas subsidi RON95, cukai karbon pula menanti kita!

18-06-2025
Berita Auto

"Pemergian" Rafizi Cetus Persoalan Apakah Nasib Sistem PADU, Diteruskan Atau Dibatalkan?

Di sebalik peletakan jawatan oleh Rafizi, timbul persoalan mengenai masa depan agenda nasional penting yang berada di bawah tanggungjawab beliau.

30-05-2025
Berita Auto

Pengguna Boleh Beri Cadangan Pembaikan Servis Pengangkutan Awam Melalui Aplikasi

Pengguna pengangkutan awam yang terpilih kini boleh menyalurkan cadangan pembaikan.

22-09-2022
Berita Auto

Calon Ujian Memandu Terlalu Ramai! MOT Akan Umum Solusi

Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk merangka satu formula bagi menyelesaikan masalah lambakan calon ujian memandu di seluruh negara.

19-08-2022
Berita Auto

Ujian Dadah Dan Alkohol Mengejut Ke Atas Pemandu Lori Dan Treler Perlu Dilakukan – Menteri Pengangkutan

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sarankankan agar ujian secara rawak dan berkala dilakukan ke atas pemandu kenderaan berat.

14-07-2022
Berita Auto

Anda Kini Boleh Servis Kereta Hanya Di Hujung Jari!

Autonest Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi terbaharunya untuk memudahkan pengguna selenggara kereta hanya di hujung jari.

25-01-2022
Berita Auto

Harga Minyak Kekal Sama Hingga 30 Julai Depan

Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 24 Julai hingga 30 Julai depan.

23-07-2025
Berita Auto

Harga Diesel Turun 3 Sen Bermula 29 Mei - 4 Jun 2025

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 3 sen kepada RM2.77 seliter bagi tempoh 29 Mei hingga 4 Jun 2025.

28-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026