Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bas GoKL Kini Tidak Percuma Untuk Warga Asing – Bayaran Tanpa Tunai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CnP_17122024_142744.jpg


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mengenakan caj RM1 kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL. Dalam kenyataannya, DBKL memaklumkan bahawa sistem pembayaran ini telah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak awal tahun ini, melibatkan empat laluan utama. Langkah tersebut akan diperluas kepada tiga lagi laluan bermula Januari 2025.


Antara laluan bas yang sudah dikenakan caj ialah laluan 1 (Hijau), laluan 2 (Ungu), laluan 3 (Merah) dan laluan 4 (Biru). Manakala, mulai 1 Januari 2024, caj sama akan dikenakan kepada warga asing di laluan 5 (Jingga), laluan 6 (Merah Jambu) dan laluan 8 (Merah Manggis). 


Sistem Pembayaran Tanpa Tunai


3072428.jpg


DBKL memaklumkan bahawa caj tersebut perlu dibayar menggunakan transaksi tanpa tunai melalui kad Touch ‘n Go, kad kredit atau kad debit.


Warganegara Kekal Percuma Dengan Pendaftaran MyKad


Warganegara Malaysia akan terus menikmati perkhidmatan bas GoKL secara percuma namun dikehendaki mendaftar MyKad di kaunter yang terpilih. 


3327493d1f474bd770d37abe09cef530602bbbfe56b8c-960x600.jpg


Lokasi pendaftaran MyKad adalah seperti yang berikut:

  • Hentian Titiwangsa
  • Stesen LRT Universiti (Timur)
  • Hentian One Maxim
  • Jabatan Pengangkutan Bandar, Tingkat 8, Menara DBKL 

Kaunter pendaftaran dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 hingga 4.00 petang. 


Pendaftaran ini bertujuan untuk memastikan hanya warganegara layak mendapat pengecualian caj.


Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Bawah Dikecualikan


Selain warganegara, perkhidmatan bas GoKL juga kekal percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tanpa memerlukan pendaftaran khas.

Sumber: Sinar Harian

Tag:

Bas GoKL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Elak Kekeliruan, DBKL Tukar Nama Laluan Bas GOKL Kepada Model Nombor

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penukaran nama laluan perkhidmatan bas GOKL.

04-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026