Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2024: AION ES Kini Di M'sia, Harga Cuma Lebih RM100K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), selaku pengedar tunggal jenama kenderaan elektrik (EV) GAC AION melancarkan secara rasminya AION ES 2025 di KLIMS 2024, semalam.

Ia yang didatangkan dalam satu varian, ditawarkan pada harga  RM106,800 sempena  pelancarannya, pembeli akan menikmati pengecas wallbox 7 kW percuma bernilai RM3,500.

image.png

Dari segi dimensi, Aion ES mempunyai ukuran dimensi 4,810 mm panjang, 1,880 mm lebar dan 1,545 mm tinggi manakala  jarak roda pula, 2,750 mm.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, AION ES menggabungkan ciri sporty dan elegan kerana dilengkapi dengan lampu hadapan LED Flowing Arc, lampu belakang LED Laser Blade, roda aloi 17-inci, selain menawarkan ruang but seluas 450 liter. 

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia nyata menawarkan ruang dan keselesaan yang mencukupi.

image.png

Ia hadir dengan tempat duduk buatan kulit, ada kemasan sentuhan lembut, dan ciri premium seperti tombol gear jenis bulat kerusi boleh dilaraskan kepada enam arah dan cermin pandang belakang anti-silau

Terdapat juga paparan multi-info LCD 3.5-inci dan skrin sentuh 8-inci dengan Apple CarPlay. termasuk kawalan iklim automatik dwi-zon dengan penapis udara PM2.5, sistem kemasukan tanpa kunci dan sebenarnya ada lebih banyak ciri menarik.

Dari segi ciri keselamatan, AION ES didatangkan dengan Sistem Brek Anti Kunci, Kawalan Stabiliti, Kawalan Daki Buki, Brek Parkir Elektrik dengan Autohold dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar.

Akhir sekali ialah mengenai trenkuasanya. Jentera ini dibangunkan berdasarkan Platform Elektrik AION (AEP) 2.0.

image.png

Untuk itu, sedan ini mampu menawarkan perjalanan sejauh 376 kilometer.Ia   dikuasakan oleh bateri litium fosfat berkapasiti  55.2 kWh 2.0, yang menawarkan pengecasan sehingga  6.6 kW AC (Jenis 2) dan sehingga 60 kW DC .

Ia digerakkan menerusi roda depan oleh sebuah motor elektrik dengan kuasa100 kW (134 HP).

Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam warna: Glamour Black, Holographic Silver dan Pure White.

Bagi menyakinkan pembeli, WTCA menawarkan jjaminan lapan-tahun/160,000 km diberikan, serta 8-tahun/200,000 km untuk bateri, motor dan ECU. 


Gallery

Tag:

WTC Automotif (M) Sdn Bhd
GAIC AION ES
EV AION
GAIC AION
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Beli AION Y Plus? Nikmati Pandu Uji AION Y PLUS Secara Eksklusif dengan GoCar

Bayaran pandu uji dipulangkan sepenuhnya jika pelanggan membeli kereta berkenaan selepas sesi pandu uji mereka.

23-08-2024
EV

GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.

20-09-2024
Berita Auto

Nak Beli AION Y Plus? Nikmati Pandu Uji AION Y PLUS Secara Eksklusif dengan GoCar

Bayaran pandu uji dipulangkan sepenuhnya jika pelanggan membeli kereta berkenaan selepas sesi pandu uji mereka.

23-08-2024
Berita Auto

Jenama EV GAC Aion Masuk M'sia

Pembuat Kenderaan Elektrik (EV) China, GAC Aion melantik Warisan TC Holdings Bhd sebagai pengedar tunggal dan eksklusif untuk model EV mereka di Malaysia.

15-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru