Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2024: SAIC Motor Turut Dedah MG3 HEV, Bakal Tiba 2025?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

SAIC Motor Malaysia turut mendedahkan MG3 HEV di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur. 

Biarpun, di Malaysia baru sahaja dipertonton namun MG3 sebenarnya sudah pun dilancarkan secara pada Februari lalu.

Susulan itu, MG3 generasi ketiga ini telah pun mula dijual di beberapa pasaran termasuk Thailand di mana hatchback kompak ini ditawarkan dalam pilihan rangkaian kuasa hibrid.

image.png

Trenkuasa HEV tersebut itu terdiri daripada enjin 1.5 liter 4 silinder yang ditambah dengan motor elektrik serta transmisi automatik hibrid tiga kelajuan.

Secara keseluruhan, MG3 ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 192 hp dan 313 Nm.

Dari segi luarannya, MG3 HEV dilihak cukup padat namun, menampilkan rekaan  sporty yang sebenarnya membantunya kelihatan lebih menonjol berbanding hatchback lain.

image.pngimage.png

Ia hadir dengan  gril hadapan diapit dengan lampu hadapan LED yang tajam, aksen bampar belakang yang menonjol, serta rim aloi dua tona 16 inci.

Dari segi dimensi, MG3 memiliki ukuran panjang 4,113 mm, selebar 1,797 mm, setinggi 1,502 manakala jarak roda pula 2,570 mm.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, skrin digital 7 inci, pengecas tanpa wayar, upholsteri kulit dua tona untuk semua tempat duduk, tempat duduk hadapan mempunyai fungsi pemasangan, ada saluran penghawa dingin di kerusi belakang dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Walaupun kecil, MG3 ini masih mampu lagi menawarkan ruang but seluas 307 liter namun saiznya boleh ditingkatkan kepada 983 liter  dengan merebahkan tempat duduk belakang

image.png

Dari segi ciri keselamatan, MG3 HEV dilengkapi dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Lencongan (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Pengesanan Titik Buta (BSD), Kawalan Jelajah  Adaptif (ACC) Teknologi Bantuan Kesesakan Trafik   (Traffic Jam Assist, TJA).

Di Thailand, MG3 HEV dipasang secara tempatan di kilang Thai SAIC Motor.

image.png

Di situ, ia hadir dalam dua varian  dimana , MG3 HEV dijual dari harga  579,900 bhat hingga 619,900 bhat (RM75,000-RM80,000).

Buat masa ini, SAIC Motor tidak mendedahkan butiran berhubung ketibaan MG3 ke Malaysia.

Gallery

Tag:

Third-Gen MG3 Hatchback
MG3 Hatchback
MG3 HEV
SAIC Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

27-02-2024
Global

06-02-2024
Kereta Baru

05-12-2024
Global

27-02-2024
Global

06-02-2024
Global

04-11-2025
Kereta Baru

05-12-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026