Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Juga Bakal Sertai Gabungan Nissan & Honda? – Kata Putus Tidak Lama Lagi

Sofea Najmi

24-12-2024

Kongsi melalui

Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-1.jpg


Nasib jenama automotif Jepun, Nissan, yang ibarat ‘nyawa di hujung tanduk’ selepas dikatakan hanya mampu bertahan selama 12-14 bulan sahaja bakal terjawab tidak lama lagi. 


Minggu lalu, dilaporkan bahawa Nissan dan Honda telah mengadakan perbincangan penggabungan, dan kini diumumkan kedua-dua syarikat automotif gergasi Jepun itu telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka penubuhan sebuah syarikat pegangan bersama, yang mana Mitsubishi juga mungkin akan turut serta.


Potensi Menjadi Gergasi Automotif Dunia


Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-4.jpgNissan-Honda-Mitsubishi-JV-3.jpg


Sekiranya penggabungan ini berjaya direalisasikan, syarikat baharu itu dijangka akan ditubuhkan seawal 2026, dengan Honda bakal mengetuai pengurusan pada peringkat awal. Lebih menarik, penggabungan ini berpotensi menjadikan syarikat tersebut kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia, dengan nilai dianggarkan mencecah AS$50 bilion.


Strategi Untuk Kekal Kompetitif Di Peringkat Global


Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-7.jpg


CEO Honda, Toshihiro Mibe


Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat menyatakan tujuan utama penggabungan ini adalah untuk “mengekalkan daya saing global dan terus menawarkan produk serta perkhidmatan yang lebih menarik kepada pelanggan di seluruh dunia.” 


Langkah ini dilihat sebagai respons terhadap tekanan daripada syarikat automotif China yang semakin berkembang pesat, terutamanya dalam segmen kenderaan tenaga baharu (NEV).


Mitsubishi Masih 'Di Persimpangan'


Sebagai sebahagian daripada perancangan, Mitsubishi telah menandatangani MoU berasingan dengan Nissan dan Honda. Walau bagaimanapun, penglibatan Mitsubishi dalam penggabungan ini akan ditentukan selewat-lewatnya pada penghujung Januari 2025.


Ketiga-tiga syarikat berhasrat mencapai persetujuan akhir menjelang Jun 2025. Namun, CEO Honda, Toshihiro Mibe, menegaskan bahawa MoU ini hanyalah satu permulaan, sambil menambah, “Kemungkinan ia tidak dilaksanakan masih wujud.”


Potensi Kerjasama


Syarikat baharu itu nanti dijangka akan ditubuhkan melalui pemindahan saham bersama, namun nisbah pegangan belum ditentukan, lapor Associated Press


Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-Details-1.jpg


Walaupun ketiga-tiga jenama akan terus mengekalkan identiti masing-masing, mereka dijangka akan berkongsi teknologi platform dan trenkuasa. 


Kerjasama itu nanti juga bakal menyaksikan Nissan, Honda dan Mitsubishi bergabung dalam usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran.


Kesan Terhadap Gabungan Kerjasama Renault-Nissan-Mitsubishi


Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-6.jpg


Buat masa ini, masih tidak jelas bagaimana penggabungan dengan Honda akan mempengaruhi kerjasama sedia ada, Renault-Nissan-Mitsubishi. Laporan Nikkei Asia menyebut bahawa Renault akan mempertimbangkan “pelbagai pilihan berdasarkan kepentingan terbaiknya."


Perkukuh Kedudukan Jepun Dalam Industri Automotif

 
Penggabungan ini dijangka dapat memperkukuhkan kedudukan Jepun sebagai kuasa besar industri automotif global, terutamanya dalam menghadapi cabaran daripada revolusi automotif di China. Usaha ini menyerupai model kolaborasi yang dilaksanakan oleh kumpulan automotif besar lain seperti VW Group dan Stellantis.


Tag:

Nissan
Honda
Gabungan Nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Inikah Nissan X-Trail Generasi Akan Datang? – Moden & Teknologi e-Power Terkini

Pelan kebangkitan atau revival plan Nissan yang diumumkan bulan lalu nampaknya masih menyimpan beberapa kejutan.

03-04-2025
Berita Auto

Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih

Syarikat automotif Jepun ini baru sahaja mengumumkan pelan perniagaan baharu dengan memperkenalkan lebih daripada 13 model serba baharu dan versi facelift.

28-03-2025
Global

Nissan Almera 2026 Bakal Dilancar Tahun Ini

Nissan bakal melancarkan Nissan Almera 2026, pada tahun ini.

28-03-2025
Global

Espinosa Kini CEO Baharu Nissan

Pelantikan itu dibuat di saat Nissan

12-03-2025
Berita Auto

Nissan Cuba Bertahan, Honda Sedia Suntik Pelaburan? Tetapi Ini Akibatnya...

Nissan masih menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Honda bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya.

07-03-2025
Berita Auto

Honda Minta CEO Nissan Letak Jawatan, Hentikan Teknologi e-Power

Honda kemukan cadangan untuk menguruskan Nissan, namun Nissan dengan tegas menolak tawaran tersebut. Ini puncanya...

20-02-2025
Global

Nissan, Honda Batal Rancangan Bergabung

Honda Motor Co dan Nissan Motor Co akhirnya membatalkan rancangan untuk bergabung gara-gara gagal memeterai rundingan bersama.

14-02-2025
Global

Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton

Nissan Navara generasi akan datang dikatakan akan menerima beberapa perubahan ketara.

13-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya

E-hailing InDrive Malaysia kini berdepan kemungkinan ditamatkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

04-05-2025
Berita Auto

Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri

Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.

03-05-2025
Berita Auto

Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.

02-05-2025
Berita Auto

Bahaya: Warga Emas Sembunyi Tepi Landasan KTMB, Tunggu Tren Beredar

Aduhai, tak takut ke kena rempuh dengan tren?

02-05-2025
Berita Auto

Toyota Eco Youth 2025 : 30 Sekolah Terpilih

Setiap 30 buah sekolah yang dipilih itu turut menerima geran RM3,000 (jumlah keseluruhan RM90,000) bagi memulakan projek lestari .

02-05-2025
Berita Auto

LKSA, SUKE, SILK, DASH Kini Terima Kad Kredit & Debit

Pengguna lebuh raya kini dapat membuat pembayaran tol dengan lebih mudah melalui Sistem Pembayaran Tol Terbuka di empat lagi lebuh raya Prolintas.

02-05-2025
Berita Auto

Kesesakan Teruk Sejak 20 Tahun Di Pekan Tapah, Akhirnya Selesai!

Penduduk di sekitar Pekan Tapah, Perak kini boleh menarik nafas lega memandangkan projek penyuraian trafik sudah siap.

02-05-2025
Berita Auto

Mesra Pelancong! MyRapid PULSE Dilancarkan – Ada Ganjaran, Akses Tempat Menarik

Pengguna pengangkutan awam kini boleh memanfaatkan pelbagai ciri baharu melalui aplikasi perancang perjalanan, MyRapid PULSE terbaru.

02-05-2025