- Berita
- Berita Auto
- Palsu, Tiada Sebarang Syarat Tambahan Dikenakan Untuk Warga Emas Perbaharui Lesen!
Palsu, Tiada Sebarang Syarat Tambahan Dikenakan Untuk Warga Emas Perbaharui Lesen!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekali lagi menafikan ada meletakkan syarat tambahan kepada warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) seperti tular di media sosial.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, proses pembaharuan LMM bagi golongan itu masih tertakluk kepada syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Orang ramai diingatkan tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap maklumat diterima.
"JPJ sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan kesejahteraan orang awam terutamanya pelanggan JPJ sentiasa terpelihara," katanya dalam satu kenyataan
Beliau mengulas mengenai hantaran tular di media sosial kononnya JPJ menetapkan syarat tambahan kepada golongan warga emas iaitu perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui LMM.
Gallery



Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari