Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Kini Tawar Pelan Prabayar Untuk Penyelenggaran Kereta, Boleh Jimat Banyak

Suhana Veru

Kongsi melalui

PROTON-will-also-offer-owners-the-options-to-finance-the-purchase-of-their-PSP-package-should-they-wish-to-enrol-for-it-after-they-have-bought-their-cars..jpeg

Pengeluar kereta nasional PROTON memperkenalkan pakej perkhidmatan prabayar untuk penyelenggaraan kereta yang dikenali sebagai  Procare Smart.

Pakej ini menawarkan penjimatan sehingga RM670  untuk Proton Saga, Proton X90, dan Proton X70 2025 namun tertakluk kepada model.


Bagaimanapun, pakej Procare Smart ini  sebenarnya bukan sahaja boleh  dibeli oleh pelanggan PROTON baharu tetapi juga kepada yang sedia ada.

Menerusi pakej ini, pembeli kereta baharu boleh memilih pakej tiga atau lima tahun untuk membantu mengehadkan kos penyelenggaraan pemilikan kenderaan. 

While-the-PSP-package-is-currently-limited-to-the-three-models-mentioned,-there-are-plans-to-eventually-roll-it-out-to-all-Proton-models-in-the-near-future..jpeg

Mereka juga diberi jaminan tambahan bahawa kenderaan mereka akan diselenggara di rangkaian pengedar 3S/4S PROTON oleh juruteknik terlatih menggunakan hanya alat ganti PROTON yang tulen. 

Sebagai manfaat tambahan, para pembeli boleh mengurangkan kos penyelenggaraan kerana mereka akan menikmati penjimatan sehingga 15% berbanding pakej perkhidmatan biasa. 

Sekiranya kenderaan dijual dengan baki PSP yang masih belum tamat, pemilik baharu akan menikmati manfaat tersebut selagi ia masih dalam tempoh sah.

The-ProCare-Smart-Plan-(PSP)-has-been-rolled-out-for-the-Proton-Saga,-Proton-X90-and-2025-Proton-X70,-promising-savings-of-up-to-RM670.jpeg

Malah, pemilik semasa yang membeli kenderaan mereka tanpa pakej PSP juga akan ditawarkan pakej perkhidmatan prabayar yang serupa,

Difahamkan, pakej ini akan dihadkan selang dua tahun, dengan penjimatan sehingga RM 350 (tertakluk pada model). 

Walaupun pakej PSP pada masa ini terhad kepada tiga model yang disebutkan di atas namun Proton berhasrat   untuk memperuaskannya kepada semua model PROTON pada masa depan.

Selain itu, PROTON juga akan menawarkan pilihan pembiayaan untuk pemilih sekiranya mereka ingin mendaftar untuk pakej PSP selepas membeli kereta mereka. 

Pelan Pembayaran Tetap (FPP) tersedia melalui kad kredit Affin Avance PROTON sehingga 24 bulan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan pelan pembayaran ansuran melalui Direct Lending, sebuah platform peminjaman digital patuh syariah, dengan tempoh pembayaran bulanan sehingga 12 bulan. (terma dan syarat dikenakan)


Tag:

Proton X70
Proton Saga
2023 Proton X90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

27-09-2025
Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras

PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024,

05-06-2025
Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih

Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

25-02-2025
Berita Auto
Berita Auto

Proton X70 Facelift 2025, Model Pertama Proton Ada Android Auto, Apple CarPlay

Proton X70 Facelift 2025 merupakan model pertama Proton menerima kemas kini over-the-air (OTA) untuk Apple CarPlay dan Android Auto.

14-01-2025
Berita Auto

Kepengerusian ASEAN 2025: Selain Proton e.MAS 7, Proton X70 Turut Diguna

Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 dan 194 Proton X70 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama.

12-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025