Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X70 Kembali Duduk Tempat Teratas Dalam Jualan SUV, Jenama Proton No 2 Paling Popular

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional PROTON mencatatkan jualan sebanyak 12,194 unit (domestik dan eksport) pada bulan lepas.

Ini membawa jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 137,751 unit dengan PROTON kekal di tempat kedudukan kedua paling popular dalam kedudukan jualan nasional.

Di sebalik itu, Proton X70 kembali menduduki tempat teratas manakala X90 dan S70 terus kekal sebagai peneraju pasaran.

Jualan Proton X70 pada November meningkat sebanyak 7.7% berbanding bulan sebelumnya kepada 1,065 unit, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif YTD sebanyak 7,536 unit. 

Screenshot-2024-12-09-120144.png

PROTON X90:

Sementara itu, Proton X90 kekal sebagai peneraju pasaran untuk SUV segmen D dengan pertumbuhan 13.1% bulan ke bulan kepada 277 unit, menyumbang kepada jumlah jualan YTD sebanyak 3,246 unit. 

PROTON S70:

Model ketiga yang mendahului segmennya adalah Proton S70, yang telah menyambut ulang tahun pertamanya pada 28 November. 

image.pngimage.png

Selepas penyertaan pertamanya dalam perlumbaan Sepang 1000km 2024, Proton S70 mencatatkan jualan sebanyak 1,312 unit bulan lalu. 

Ini telah mengembalikan sedan ini ke kedudukan teratas dalam segmennya dan membawa jumlah jualan YTD kepada 17,512 unit.

 PROTON X50:

Tidak ketinggalan SUV paling popular Proton, Proton X50, juga mencatatkan jualan sebanyak  1,911 unit pada bulan lalu.

image.png

Ini menjadikan jumlah jualan YTD kepada 21,033 unit. Sejak dilancarkan pada Oktober 2020, SUV segmen B ini telah menjadi model SUV dengan jualan terpantas di Malaysia, dan kekal sebagai model terlaris dalam segmennya sehingga kini.

PROTON SAGA:

Malah, jualan model-model Proton yang lain terus menunjukkan prestasi yang kukuh. 

Proton Saga telah merekodkan 5,916 unit jualan, menjadikan jumlah YTD sebanyak 66,094 unit. 

Model ini berada pada landasan untuk melepasi paras 70,000 unit jualan untuk tahun kedua berturut-turut. 

Sedan segmen B Proton Persona mencatatkan 1,394 unit pada November dengan jumlah YTD sebanyak 17,325 unit, manakala hatchback segmen B Proton, Proton Iriz, menjual 319 unit, menjadikan jumlah jualan setakat ini kepada 4,762 unit.

Roslan-Abdullah,-Deputy-Chief-Executive-Officer,-PROTON.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya cukup komited dalam menghasilkan kenderaan berkualiti terbukti melalui kejayaan berterusan model-model seperti Proton X70, Proton X90, dan Proton Saga.

“Kesemua model ini telah  mencapai kejayaan penting tahun ini. Dengan pelancaran Proton e.MAS 7 nanti, kami yakin PROTON akan terus menjadi peneraju dalam industri automotif di dalam negara dan antarabangsa," katanya.

 



Gallery

Tag:

Proton X70
Proton X50
Proton S70
Proton Saga
Proton Persona
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

27-09-2025
Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026