Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Betul Beli Kereta, Jualan Kereta Hampiri 800,000 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Malaysia bakal melakar sejarah baharu memandangkan jualan kenderaan di negara ini menghampiri 800,000 unit.

Ini kerana tinggal hanya 68,466 unit untuk menjadikan jualan untuk Malaysia mencapai sasaran  sebanyak 800,000 unit itu.

Jika sasaran itu berjaya dicapai sebelum akhir tahun 2024, ini bermakna, industri automotif tempatan bakal mencipta sejarah baharu dalam TIV, memandangkan pendaftaran tertinggi pernah dicatat sebanyak 799,731 unit pada 2023.

Lagipun, Disember adalah bulan dimana kebanyakan jenama kereta menawarkan pelbagai promosi dan diskaun menarik untuk mencapai jumlah pendaftaran yang positif dan pemangkin sebelum memasuki tahun baharu.

Screenshot-2024-12-16-111237.png

Bagi tempoh 11 bulan tahun ini, MAA melaporkan jumlah jualan kenderaan di Malaysia mencecah 731,534 unit, lebih tinggi berbanding 721,392 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 670,650 unit dijual adalah kenderaan penumpang, manakala 60,884 unit kenderaan komersial.

Untuk kenderaan penumpang, pencapaian November 2024 adalah lebih tinggi berbanding 648,257 unit, manakala kenderaan komersial pula adalah lebih rendah berbanding 73,135 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.

Dari aspek pengeluaran pula, MAA melaporkan sejumlah 725,173 unit telah dihasilkan dalam tempoh 11 bulan 2024.

Angka itu dilihat agak tinggi berbanding 708,376 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 683,262 unit dikeluarkan adalah kenderaan penumpang, manakala baki 41,911 unit adalah kenderaan komersial.

Bagaimanapun, pada November pula, TIV berada pada 67,532 unit. Angka ini dilihat, lebih rendah berbanding 73,262 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.

MAA berkata, penurunan itu disebabkan pengguna menggunakan pendekatan tunggu dan lihat kepada promosi akhir tahun.

Apapun,  MAA meramalkan TIV pada bulan ini  adalah lebih tinggi berbanding November disebabkan langkah promosi agresif akhir tahun pengeluar sebelum 31 Disember 2024.


Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).

16-07-2025
Berita Auto

MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.

18-06-2025
Berita Auto

MAA: TIV Menjunam Pada April 2025 Namun Jualan Kereta Bakal Melonjak Semula Bulan Ini!

MAA mendedahkan TIVuntuk bulan April lalu susut 16.8 peratus kepada 60,527 unit berbanding 72,730 unit pada Mac 2025.

20-05-2025
Berita Auto

MAA Dedah Promo Menarik, Punca Jualan Kereta Meningkat

MAA menyifatkan pertumbuhan TIV meningkatkan disebabkan kebanyakan syarikat pengeluar automotif menawarkan pelbagai tawaran menarik

23-04-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Pulih, MAA Dedah TIV Meningkat 31% Bulan Lepas

MAA dedah TIV meningkat pada bulan lepas disebabkan pasaran dilihat kembali kukuh.

20-03-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Merosot Jan 2025 Sebab 3 Perkara

TIV pada Januari 2025 menyusut sebanyak 40 peratus kepada 48,372 unit

27-02-2025
Berita Auto

Jualan TIV Meningkat 816,747 Unit Dalam Sejarah Automotif Sebab Ramai Beli Perodua?

TIV melepasi angka 800,000 unit buat pertama kali dalam sejarah automotif.

21-01-2025
Berita Auto

Industri Automotif Negara Catat Pertumbuhan Cemerlang Sepanjang 2024 – Unjuran Ditingkatkan 800K Unit

Sektor automotif Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh sepanjang tahun 2024, bukan sahaja kerana peningkatan jualan kenderaan yang ketara, tetapi juga kejayaan pelancaran EV pertama negara.

26-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.

05-08-2025
Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025
Berita Auto

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025