Link Copiedcheck_circle
EV

Selepas Zeekr 009, Zeekr X, Zeekr 7X Pula Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Zeekr Malaysia (Sentinel Automotive) mengesahkan bahawa pihaknya merancang untuk membawa satu lagi kenderaan elektrik mereka, Zeekr 7X ke pasaran kita pada tahun depan.

Model baharu itu bakal menembusi pasaran tempatan selepas  Zeekr 009 dan Zeekr X dilancarkan secara rasminya, pada minggu lepas.

Zeekr 7X dikatakan antara pencabar Tesla Model Y selain merupakan model SUV bersaiz sederhana Zeekr yang pertama.

Zeekr 7X juga dianggap seteru dengan Model Y disebabkan persamaan mereka dari segi dimensi.

Crosssover elektrik ini sudah pun membuat penampilan di China pada September lalu.

image.png

Untuk makluman, Zeekr 7X ini  dibina berdasarkan platform SEA (Sustainable Experiance Architecture).

Dari segi dimensi, Zeekr 7X mempunyai ukuran 4,825 mm panjang, , 1,930 mm lebar,  1,666 mm tinggi manakala jarak roda pula  of 2,925 mm.

image.png

Zeekr 7X juga cukup sarat dengan pelbagai kemudahan canggih seperti skrin infotainmen 16 inci dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295, skrin instrumen digital 13 inci, tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi pemanas, penghawa dingin dan urut.

Tidak ketinggalan, terdapat juga peti sejuk mini, 21 speaker, ada meja lipat dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Zeekr 7X juga hadir dengan susun atur tempat duduk dua baris selain menampilkan sehingga 32 ruang penyimpanan  manakala ruang but standardnya adalah berukuran 616 liter.

Dari segi trenkuasa,  Zeekr 7X berspesifikasi China didatangkan dengan dua varian: RWD yang mampu menghasilkan kuasa setakat  416 hp (310 kW) dan 440 Nm. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.8 saat.

image.png

Sementara itu, model AWD pula hadir dengan motor berkembar dimana varian ini boleh menghamburkan kuasa setakat  637 hp (475 kW) dan 710 Nm. Varian ini pula boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat.

Menyentuh mengenai baterinya,  ,  Zeekr 7X berkongsi seni bina PMA2+ 800 volt yang sama seperti Zeekr 007. 

Zeekr 7X ditawarkan dengan dua pilihan pek bateri, iaitu pek LFP berkapasiti 75 kWh atau pek bateri ternary NMC 100 kWh yang sebenarnya meningkatkan jarak gerak kepada 780 km.

Model AWD pula hanya didatangkan dengan bateri  CATL dimana ia menawarkan  jarak maksimum 705 km (CLTC).

Difahamkan, pengecasan bateri NMC yang berkapasiti 100 kWj dari  10-80% hanya mengambil masa dalam 15 minit.

image.png

Sebelum ini, Zeekr ada mendakwa bahawa   teknologi bateri digelar sebagai Golden Brick merupakan pengecasan terpantas di dunia.

Apa pula pandangan anda mengenai Zeekr 7X? Kongsikan..

Gallery

Tag:

Zeekr 7X EV SUV
Zeekr 7X
Stellantis EV platform
Zeekr 009 EV MPV
Zeekr X
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?

Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi.

15-08-2025
EV

Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

16-07-2025
EV

Zeekr 7X: Satu Lagi Pencabar Tesla Model Y Tapi Mampukah Cabar Tesla

Zeekr 7X akhirnya didedahkan secara umum pada Chengdu Motor Show 2024 yang diadakan baru-baru ini.

02-09-2024
EV

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.

23-10-2025
Kereta Baru

Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800

Sebentar tadi, Zeekr Malaysia telah secara rasmi melancarkan SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, untuk pasaran tempatan.

22-08-2025
Berita Auto

Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?

Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi.

15-08-2025
EV

Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

16-07-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal

Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).

09-05-2025

Berita Terkini

EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025
EV

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025
EV

Ini Dia SUV Ruggged, Kia EV5 Weekender, Lasak, Macho Habis

Kia menayangkan kereta konsep terbaharunya, Kia EV5 Weekender pada pameran Auto Guangzhou 2025, China baru-baru ini.

25-11-2025
EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025