Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

Toyota Camry 2.5V disumbat dengan enjin Dynamic Force 2.5 liter 4-silinder aspirasi semulajadi Dynamic Force yang mampu menghasilkan kuasa 201 hp  dan 246 Nm.

image.pngimage.png

Enjinnya yang dipadankan dengan kotak gear automatik Direct Shift lapan kelajuan digunakan untuk membantu memacu roda hadapan (FWD).

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 8.9 saat manakala kelajuan maksimum adalah 210 km/j.

image.png

Malah, Camry ini juga didatangkan dengan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 60 liter, manakala kadar penggunaan bahan api juga agak tinggi iaitu 6.6 liter untuk setiap 100 kilometer.

Menjengah luarannya, Toyota Camry, ia didatangkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci, lampu hadapan jenis LED, lampu belakang LED dan pengelap cermin dengan penderia hujan.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan skrin instrumen digital 12.3-inci, paparan head-up, sistem infotainmen dengan skrin 12.3-inci sokongan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto guna wayar, sistem bunyai JBL, 9 pembesar suara,  dan banyak lagi, 

Bagaimanapun, ia tidak diberikan dengan bumbung suria panaromik, antena sirip yu yang diintegrasikan pada cermin belakang, sistem penghawa dingin tiga-zon (hanya dua-zon) dan fungsi rebah kebelakang larasan kuasa pada tempat duduk belakang bersama suis khas.

image.png

Bagi yang berminat, Toyota Camry 2.5V ini ditawarkan dalam warna Emotional Red 2, Platinum White Pearl Mica, Previous Metal, Attitude Black Mica, Cement Grey Metallic dan Dark Blue Mica.

Berdasarkan laman web rasmi, UMW Toyota, Toyota Camry 2.5V 2025 ini dijual pada harga  atas jalan RM221,800, atau RM27,000  lebih murah berbanding Camry Hybrid.

Apa pula pandangan anda?

Gallery

Tag:

Toyota Camry 2.5 HEV Premium Luxury
Toyota Camry
Toyota Camry Hybrid
UMW Toyota Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Previu Toyota Camry Hybrid: Sedan HEV Yang Bakal Masuki M'si Tidak Lama Lagi?

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mempamerkan Toyota Camry Hybrid 2.5 HEV Premium Luxury spesifikasi Thailand.

12-05-2023
Global

Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS

Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.

27-10-2025
Berita Auto

Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.

09-09-2025
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025
Berita Auto

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

22-05-2025
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Berita Auto

Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan.

28-03-2025
Global

Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Keterujaan masih terasa sejak ketibaan Toyota Camry generasi kesembilan di acara automotif KLIMS 2024 pada awal bulan ini.

27-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026