Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW i4 eDrive35 M Sport Facelift 2025 Dilancar, Jangan Risau, Harga Mampu Milik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Malaysia melancarkan BMW i4 eDrive35 M Sport facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.

BMW i4 eDrive35 M Sport 2025 ini ditawarkan pada harga RM294,800 dan harga ini termasuk jaminan serta bantuan tepi jalan dan BMW Service Online selama dua tahun.

Bagaimanapun, jika para pemilik memerlukan  jaminan serta pakej servis lima tahun, harganya akan mencecah RM315,600.

Menjengah bahagian luarannya, jentera ini hadir dengan gril kidney baharu yang menampilkan rekaan yang agak futuristik.

image.png

Dari sisi pula, ia dipadankan dengan rim 996M dua-tona lebih besar berdiameter 19-inci yang sebenarnya menonjolkan lagi siluet badannya.

Antara pengemaskianian lain yang dibuat ialah BMW i4 eDrive35 M Sport serba baharu ini dipasang dengan lampu LED adaptif dan lampu belakangnya jenis laserlights.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya pula, ia menampilkan paparan instrumen digital BMW Curved Display bersaiz 12.3-inci, skrin utama 14.9-inci, paparan head-up, kemasan Aluminium Rhombicle Anthracite M, sistem pendingin hawa tiga-zon, Connected Package Professional, pad pengecas tanpa wayar dan banyak lagi.

image.png

Untuk makluman, jentera ini disumbat dengan motor elektrik tunggal dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 210 kW (286 hp) dan  tork 400 Nm.

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 190 km/j.

Bagi bab pengecasan pula, BMW i4 ini  ia menyokong sistem pengecas pantas DC  sehingga 180 kW dimana baterinya penuh dari  10%-80% hanya dalam masa 32 minit manakala jika menggunakan AC 11-kW , anda perlu menunggu sekurang-kurangnya tujuh jam.

Sementara itu, bercakap mengenai kelengkapan lain,jentera ini sebenarnya cukup sarat dengan sistem-sistem amaran yang cukup canggih.

Apa tidaknya, BMW i4 eDrive35 M Sport ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu yang cukup canggih seperti  Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Stop dan Go, Bantuan Parkir, Amaran Tukar Lorong, Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran Lintasan Tragik Belakang, Info Had Kelajuan dan banyak lagi. 

Bagi yang berminat, ia hadir dengan dua warna yang cukup menggoda, , Cape York Green dan  Fire Red. Selain warna memukau itu, terdapat juga warna-warna biasa seperti Alpine White, Mineral White, BlackSapphire, M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey.


Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW i4
BMW i4 eDRive M sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026