Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Great Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas. 

Lonjakan dalam pertumbuhan jualan GWM Malaysia ini sebenarnya ada kaitan dengan beberapa pengenalan model baharu GWM sepanjang tahun lepas.

image.pngimage.png

Antaranya seperti GWM ORA 07, SUV ‘off-road’ GWM TANK 300, dan SUV hibrid bersaiz sederhana GWM Haval H6 HEV telah menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan ini. 

Bagi model GWM Haval  H6 HEV sahaja, pihak GWM telah menerima 1,500 tempahan dalam masa sebulan sejak pelancaran. SUV itu.

image.png

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, para pembeli di Malaysia dilihat lebih mengutamakan nilai inovasi, kualiti, dan kepercayaan.

“Ini adalah tanggungjawab dan komitmen yang diberi keutamaan oleh GWM dalam menawarkan produk dan perkhidmatan di luar jangkaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, Great Wall Motor turut mencatatkan pencapaian jualan global yang cemerlang pada 2024 dengan jumlah keseluruhan kenderaan terjual sebanyak 1.23 juta unit, menyumbang kepada rekod jualan kumulatif sebanyak 14.9 juta unit. 

image.pngimage.png

Kepimpinan dan kewibawaan syarikat ini dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) terbukti dengan penghantaran sebanyak 321,795 unit, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 22.82%. 

Jualan luar negara juga merekodkan peningkatan sebanyak 43.39% kepada 453,141 unit sekali gus membuktikan penguasaan jenama GWM yang terus berkembang di pasaran global.

Untuk itu, bermula bulan ini, GWM Malaysia membuka tirai tahun baharu dengan memperluaskan akses pelanggan kepada pemilikan kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina melalui promosi "Drive Into Prosperity". 

image.png

Kempen eksklusif ini menawarkan para pelanggan peluang untuk meraikan musim perayaan dengan manfaat istimewa, termasuk ganjaran had perjalanan 10,000 km secara percuma dengan setiap pembelian GWM HAVAL H6 HEV*. 

Untuk keterangan lanjut  mengenai promosi layari,  https://www.gwm.com.my/Dealer.html

Gallery

Tag:

GWM TANK500
GWM Tank
GWM Malaysia
GWM Haval H6 HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025
Global

GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.

23-07-2025
Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

15-04-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025
Kereta Baru

KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80

Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

05-12-2024
Global

GWM Tank 400 Versi Terbaru Didedahkan Di China – Ada Varian Hibrid

Pengeluar kenderaan China, Great Wall Motor (GWM), memperkenalkan versi baharu SUV lasak Tank 400 dengan teknologi enjin hibrid di China minggu ini. Gambar serta maklumat awal mengenai model ini mula tersebar di alam maya.

25-09-2025
Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026